Penjawat awam naik gaji: Ramai dijangka mohon SPA

Ahmad Jailani
Ahmad Jailani
A
A
A

IPOH - Pengumuman kerajaan terhadap pelarasan gaji penjawat awam dijangka berlaku peningkatan terhadap permohonan dalam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Pengerusi SPA, Datuk Seri Dr Ahmad Jailani Muhamed Yunus berkata, pihaknya percaya pelarasan gaji itu akan memberi suntikan semangat kepada kumpulan sasar untuk memohon dalam perkhidmatan awam.

"Kumpulan belia, remaja dan lepasan universiti ini akan bersemangat memohon dalam perkhidmatan awam kerana mereka mulai tahu berapa kadar gaji dan nampak peningkatan kadar gaji.

"Apa yang lebih penting adalah elemen sekuriti dalam perkhidmatan awam. Jadi pada pandangan peribadi saya, akan ada pertambahan dalam permohonan," katanya kepada pemberita ketika menghadiri Program Hari Terbuka SPA@Perak 2024 di Pusat Konvensyen Ipoh di sini pada Sabtu.

Ahmad Jailani menyerahkan sijil penyertaan kepada wakil reruai Rejimen Askar Wataniah pada Program Hari Terbuka SPA@Perak 2024 di Pusat Konvensyen Ipoh pada Sabtu.
Ahmad Jailani menyerahkan sijil penyertaan kepada wakil reruai Rejimen Askar Wataniah pada Program Hari Terbuka SPA@Perak 2024 di Pusat Konvensyen Ipoh pada Sabtu.

Tambah beliau, jumlah tepat permohonan SPA itu akan diketahui pada suku tahun pertama 2025.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pelarasan gaji sebanyak 15 peratus kepada pegawai Kumpulan Pelaksana dan pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional.

Anwar yang juga Menteri Kewangan turut mengumumkan pelarasan gaji sebanyak tujuh peratus kepada pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi (KPT).

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, pelaksanaan pemberian pelarasan gaji ini akan dilaksanakan secara berfasa iaitu pada 1 Disember 2024 bagi Fasa 1 dan pada 1 Januari 2026 bagi Fasa 2.

Ahmad Jailani berkata, SPA telah memulakan langkah untuk menerima lonjakan permohonan tersebut.

"Sistem SPA banyak menggunakan kemudahan dalam aplikasi dan kaedah saringan pun dapat dibuat dengan lebih jitu.

"Namun begitu dari semasa ke semasa kita akan tingkatkan lagi kemudahan-kemudahan yang ada supaya lebih cekap seperti yang diminta Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk meningkatkan lagi perkhidmatan dan produktiviti," katanya.

Ahmad Jailani melihat antara ujian yang disediakan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) pada Program Hari Terbuka SPA@Perak 2024 di Pusat Konvensyen Ipoh.
Ahmad Jailani melihat antara ujian yang disediakan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) pada Program Hari Terbuka SPA@Perak 2024 di Pusat Konvensyen Ipoh.

Dalam pada itu, Ahmad Jailani turut menasihati pemohon untuk menerima maklumat tepat bagi mengelak diri daripada terpedaya dengan sindiket penipuan.

"Maklumat boleh diperoleh melalui laman web selain kita ada pejabat negeri atau menghubungi SPA di talian atau emel yang telah disediakan.

"Saya nasihatkan kumpulan sasar ini kena bijak untuk elakkan diri daripada scammer," katanya.

@sinarharianonline

Penjawat awam naik gaji: Ramai dijangka mohon SPA #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #Nasional #SPA #PenjawatAwam #Gaji #Permohonan #Pendapatan

News - AShamaluevMusic

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!