PRK Nenggiri: SPR terima satu laporan kesalahan bahan kempen

Ramlan (kanan) tiba di Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan Jeram Tekoh untuk memantau proses pengundian pada Sabtu.
Ramlan (kanan) tiba di Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan Jeram Tekoh untuk memantau proses pengundian pada Sabtu.
A
A
A

GUA MUSANG - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima satu laporan kesalahan berkaitan penggunaan bahan kempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri pada Sabtu.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Datuk Seri Ramlan Harun berkata, tindakan sudah diambil di bawah di bawah Akta Pilihan Raya 1954.

"Bagaimanapun perkara itu hanya kesalahan kecil yang dilakukan penyokong parti.

"Kita sudah mengambil tindakan kepada penyokong yang menggunakan poster tanpa mengikut peraturan ditetapkan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau proses Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri di Sekolah Kebangsaan Jeram Tekoh.

Jelas beliau, SPR mengambil berat kesalahan berkenaan dan tidak mahu perkara itu berlaku lagi selepas ini.

Pada masa sama beliau turut memberitahu, pola pengundian orang muda dan warga emas menunjukkan kehadiran yang tinggi.

"Alhamdulillah, sehingga kini sebanyak 40.43 peratus penduduk Nenggiri keluar mengundi. Pada pilihan raya negeri lalu, sehingga jam 11, sebanyak 30 peratus sahaja keluar mengundi," katanya

Artikel Berkaitan:

Katanya lagi, ramai warga emas keluar awal untuk menjalankan tanggungjawab mereka, namun orang muda dilihat keluar selepas jam 11 pagi.

Dalam pada itu, Ramlan memberitahu, keputusan pilihan raya dijangka diumumkan pada jam 9 malam.

Dapatkan liputan komprehensif sepanjang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri di sini!.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!