[VIDEO] PRK Nenggiri: Pengantin sempat ‘lari’ mengundi sebelum bersanding

A
A
A

GUA MUSANG - Meskipun sibuk dengan majlis persandingan yang berlangsung pada tengah hari, seorang pengantin baharu tetap menunaikan tanggungjawab dengan hadir mengundi di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Asap sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri pada Sabtu.

Atikah Abdul Ghani, 25, berkata, dia tidak pernah menyangka tarikh nikah dan bersanding yang dipilih menjadi hari bersejarah apabila ia sama dengan hari pengundian.

“Alhamdulillah saya dan pasangan dari Sepang, Selangor telah selamat diijab kabul pagi tadi. Sekarang ini tunggu majlis bersanding, saya lari sekejap ke sini untuk memilih wakil rakyat.” katanya kepada pemberita.

Menurut kakitangan swasta itu, walaupun hari ini semuanya sibuk dengan pilihan raya, namun majlis perkahwinannya berlangsung dengan meriah.

Atikah menunggu giliran untuk menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi sempena PRK Nenggiri pada Sabtu.
Atikah menunggu giliran untuk menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi sempena PRK Nenggiri pada Sabtu.

Ujarnya yang menetap di Kampung Sungai Asap B, dia pernah terfikir untuk menukar tarikh dan sebagainya tetapi sukar kerana semua persiapan perkahwinan telah ditempah.

"Walaupun rasa sedikit kekalutan tetapi rasa teruja," katanya yang pulang pada hari Rabu lalu.

Sementara itu, suaminya, Mohamed Hafizuddin, 25, memberitahu, tarikh hari ini akan menjadi kenangan buat mereka.

Artikel Berkaitan:

Atikah membuang undi di PDM SMK Sungai Asap, Gua Musang pada Sabtu.
Atikah membuang undi di PDM SMK Sungai Asap, Gua Musang pada Sabtu.

"Bukan kami yang ambil tarikh mengundi, tapi mengundi ambil tarikh kami," katanya berseloroh.

Dapatkan liputan komprehensif sepanjang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri di sini!.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!