Peniaga dakwa MPAJ berat sebelah

Altimet memberi maklum balas berkenaan video tular membabitkan dakwaan penguat kuasa berat sebelah dalam operasi penguatkuasaan MPAJ baru-baru ini.
Altimet memberi maklum balas berkenaan video tular membabitkan dakwaan penguat kuasa berat sebelah dalam operasi penguatkuasaan MPAJ baru-baru ini.
A
A
A

AMPANG - [DIKEMAS KINI] Seorang peniaga mendakwa penguat kuasa Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) berat sebelah ketika menjalankan operasi penguatkuasaan baru-baru ini.

Ia selepas dia dikenakan tindakan kompaun sedangkan terdapat peniaga lain yang didakwa beroperasi menggunakan lesen pihak ketiga dibiarkan terlepas.

Video kejadian itu tular di media sosial sejak Jumaat membabitkan seorang wanita yang mendakwa terdapat amalan rasuah apabila individu dipanggil 'Hisham' menghubunginya meminta 'duit kopi' pada waktu malam.

Video berdurasi dua minit 20 saat itu mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lembah Jaya, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad atau lebih dikenali sebagai Altimet yang tampil memberikan maklum balas berhubung dakwaan terbabit.

Menerusi ciapan di aplikasi X, Altimet berkata, laporan polis berhubung kejadian terbabit telah dibuat MPAJ.

Beliau turut memaklumkan, pihaknya akan membawa isu berkenaan ke Jawatankuasa Pilihan Pihak Berkuasa Tempatan (JP-PBT) negeri di mana beliau merupakan ahli di dalam jawat kuasa itu.

Menurutnya, operası penguat kuasa mengeluarkan kompaun terhadap peniaga yang menggajikan warga asing dan semakan dakwaan yang mengatakan pemiliknya bukan warganegara juga tidak benar.

Sementara itu, Yang Dipertua MPAJ, Dr Ani Ahmad ketika dihubungi berkata, operasi dijalankan mengikut peruntukan undang-undang PBT membabitkan pelanggaran syarat lesen.

Artikel Berkaitan:

Berhubung dakwaan amalan rasuah, beliau meminta pengadu melampirkan bukti jika wujud amalan rasuah dalam kalangan penguat kuasa seperti didakwa.

"Tohmahan mengatakan pegawai saya ada rasuah perlu dibuktikan. Semua orang boleh bercakap tapi kalau tiada bukti bagaimana tindakan mahu diambil?

"Operasi yang dijalankan adalah berdasarkan aduan, dan penguatkuasaan dijalankan mengikut peruntukan sedia ada meliputi pelanggaran syarat lesen termasuk tambahan struktur tanpa kebenaran serta menggajikan pekerja asing," katanya.

Bagaimanapun katanya, pihaknya akan memberikan maklum balas lebih lanjut berhubung kejadian itu dalam masa terdekat.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!