Karnival Jelajah Jobcare Hulu Langat tawar 5,000 peluang kerja

Papparaidu (berdiri) meninjau Karnival Jelajah Jobcare 2024 Hulu Langat pada Sabtu.
Papparaidu (berdiri) meninjau Karnival Jelajah Jobcare 2024 Hulu Langat pada Sabtu.
A
A
A

AMPANG - Karnival Jelajah Jobcare 2024 Hulu Langat menawarkan 5,000 peluang kerjaya daripada 30 syarikat dalam sektor pembuatan, perkhidmatan dan perkilangan.

Exco Sumber Manusia, Pembasmian Kemiskinan dan Hal Ehwal Orang Asal dan Minoriti, V Papparaidu berkata, tawaran kerja itu meliputi bidang profesional dan juga sokongan dengan tawaran gaji sehingga RM5,000.

Menurutnya, inisiatif dilaksana kerajaan negeri itu diharap membantu penempatan pekerjaan buat pencari kerja termasuk graduan yang baharu menamatkan pengajian.

“Ini merupakan satu peluang menarik kerana kerja yang ditawarkan termasuk kerjaya profesional seperti akauntan, penganalisis data selain jawatan tinggi seperti pengurus serta khidmat sokongan termasuk pembantu am.

“Tawaran gaji juga tinggi dan mereka yang berpengalaman selain memiliki taraf pendidikan boleh mencecah melebihi RM5,000,” katanya pada Sabtu.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas meninjau Karnival Jelajah Jobcare 2024 Hulu Langat yang berlangsung di Dewan Perbandaran Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Pandan Indah.

Antara syarikat yang mengambil bahagian dalam Karnival Jelajah Jobcare 2024 Hulu Langat pada Sabtu.
Antara syarikat yang mengambil bahagian dalam Karnival Jelajah Jobcare 2024 Hulu Langat pada Sabtu.

Karnival berlangsung selama sehari bermula jam 9 pagi hingga 4 petang itu membabitkan penyertaan syarikat antaranya KK Super mart, Top Glove, Aeon Co (M) Berhad, The Chicken Rice Shop serta Hartalega.

Artikel Berkaitan:

Karnival tersebut berlangsung di sembilan daerah dengan tiga daripadanya telah diadakan di Hulu Selangor pada 29 Jun, Petaling Jaya (17 Julai) dan Kuala Langat (10 Ogos).

Papparaidu berkata, calon perlu menggunakan peluang yang ada untuk menyakinkan syarikat pempamer agar diterima bekerja.

“Selain taraf pendidikan dan pengalaman, calon perlu tunjukkan keyakinan. Tonjolkan kelebihan diri supaya syarikat yakin untuk mengambil sebagai pekerja.

“Orang ramai terutama pencari kerja serta graduan yang baru tamat belajar digalakkan hadir dengan dokumen penting,” katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!