[VIDEO] PRK Nenggiri: Polis Kelantan buka enam kertas siasatan

A
A
A

GUA MUSANG - Polis Kelantan sudah membuka enam kertas siasatan berkait Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri setakat ini.

Ketua Polis negeri, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, ia melibatkan Akta Kesalahan Pilihan Raya Seksyen 4 (a) (1), Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan.

"Bagaimanapun keseluruhan laporan yang kita terima setakat semalam (Jumaat) ialah 18 kes," katanya semasa sidang akhbar semasa hadir membuat tinjauan di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Asap di sini pada Sabtu.

Muhamad Zaki (tengah) semasa sidang akhbar di PDM SMK Sungai Asap, Gua Musang pada Sabtu.
Muhamad Zaki (tengah) semasa sidang akhbar di PDM SMK Sungai Asap, Gua Musang pada Sabtu.

Menurut beliau, kesemua kertas siasatan akan disiapkan dalam tempoh terdekat bagi tujuan pendakwaan.

Ujarnya, polis tidak pilihan kasih dalam menjalankan siasatan berkait dengan PRK Nenggiri.

Dalam perkembangan lain, Muhamad Zaki memberitahu, beliau berpuas hati dengan gerak kerja perjalanan kempen PRK.

Muhamad Zaki meninjau proses pengundian yang berlangsung di PDM SMK Sungai Asap, Gua Musang pada Sabtu.
Muhamad Zaki meninjau proses pengundian yang berlangsung di PDM SMK Sungai Asap, Gua Musang pada Sabtu.

"Semua parti politik mengikut segala peraturan yang telah ditetapkan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Dapatkan liputan komprehensif sepanjang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri di sini!.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!