Maisarah sasar dua emas sebelum 'tutup buku' Sukma

Maisarah Zainal. Foto Bernama
Maisarah Zainal. Foto Bernama
A
A
A

SRIKANDI Perlis, Maisarah Zainal mahu menutup lembaran perjalanan Sukan Malaysia (Sukma) beliau di Bumi Kenyalang dengan menghadiahkan dua pingat emas dalam kategori silat seni yang akan membuka gelanggang di Stadium Bandaraya Miri, esok.

Pesilat berusia 21 tahun yang akan menyertai acara solo kreatif dan kali pertama dalam turus ganda optimis mampu memberikan kejutan pada edisi kali ini.

"Untuk beralih ke ganda, pada awalnya sukar sikit tapi bila selalu latihan, ia okey bagi saya.

"Jadi kali ini saya sasar untuk dua emas,” katanya.

Untuk rekod, Maisarah memenangi masing-masing satu emas dan gangsa dalam acara regu dan solo kreatif pada 2022 di Kuala Lumpur.

Pada masa sama, Maisarah berkata beliau tidak mahu memandang rendah keupayaan pesilat dari Pahang, Kedah dan Selangor yang merupakan pencabar terdekat selain wakil tuan rumah yang berkelebihan beraksi di laman sendiri.

Pencak silat yang dijadual bermula esok hingga 23 Ogos, mempertaruhkan keseluruhan 28 pingat emas. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!