JAWI Run: Dua surau bergerak disediakan

Dua surau bergerak disediakan sempena JAWI Run pada Ahad.
Dua surau bergerak disediakan sempena JAWI Run pada Ahad.
A
A
A

PUTRAJAYA - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan menyediakan kemudahan dua surau bergerak sempena JAWI Run pada Ahad.

JAWI memaklumkan, dianggarkan 13,000 peserta akan menyertai larian berlangsung di Dataran Wawasan Putrajaya.

Menurutnya, surau bergerak dilengkapi sejadah, telekung, penyaman udara serta tempat wuduk disediakan untuk kemudahan peserta wanita.

"Bagi peserta lelaki, sertailah program Subuh Macam Jumaat yang turut bakal diadakan di Astaka Dataran Wawasan disertai selebriti, Alif Satar," katanya menerusi kenyataan.

Ujar kenyataan itu, walaupun acara bermula awal pagi namun bukan alasan menunaikan kewajipan bersolat.

"Seawal jam 4.30 pagi, larian akan bermula. Bagi yang beragama Islam, kewajipan solat Subuh jangan dilupa.

"Solat dengan berpakaian sukan, hukumnya sah. Bimbang berpeluh? Asalkan suci dan bersih dari najis. Pilih pakaian yang lebih longgar agar aurat terjaga," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!