Putin jemput Pezeshkian ke Sidang Kemuncak BRICS

Vladimir Putin, Masoud Pezeshkian. Foto AFP
Vladimir Putin, Masoud Pezeshkian. Foto AFP
A
A
A

TEHERAN - Presiden Rusia, Vladimir Putin secara rasmi menjemput Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ke Sidang Kemuncak BRICS di Kazan, menurut Duta Besar Iran ke Moscow Kazem Jalali.

Dalam temu bual dengan Agensi Berita Republik Islam (IRNA), Jalali berkata, pada Sabtu bahawa Putin mengucapkan tahniah kepada Pezeshkian atas kemenangan dalam pilihan raya presiden melalui panggilan telefon dan menjemputnya ke sidang kemuncak BRICS.

Rusia akan mengadakan Sidang Kemuncak BRICS di Kazan dari 22 hingga 24 Oktober dan akan memegang jawatan presiden bergilir BRICS pada tahun ini untuk sidang kemuncak pertama sejak pengembangan BRICS, tambahnya.

Jalali seterusnya menjelaskan bahawa pemimpin BRICS akan membincangkan dan mengkaji semula isu-isu penting pada sidang kemuncak 2024 di Kazan dan menyampaikan ucapan.

Iran secara rasmi menjadi ahli BRICS pada 1 Januari tahun ini.

Mengenai masa penandatanganan perjanjian komprehensif Rusia-Iran, Duta Besar Iran ke Moscow itu menyatakan bahawa pegawai Kementerian Luar Iran dan Rusia telah meluluskan dokumen berkenaan dan untuk penandatanganan perjanjian tersebut, tindakan perundangan prosedur perlu dilakukan.

Jalali juga tidak menolak kemungkinan Iran dan Rusia akan menandatangani perjanjian komprehensif di luar Sidang Kemuncak BRICS, menurut IRNA. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!