Kespa desak kerajaan wujud akta kawal selia gaji pengawal keselamatan

Presiden Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Pengawal Keselamatan Semenanjung Malaysia (Kespa), Mohd Ali Ibrahim (dua dari kiri) mempengerusikan Mesyuarat Agung Tri Tahunan Kespa Kali ke-2 dia Kelab Darul Ehsan pada Sabtu. Foto Sinar Harian-MOHD HALIM ABDUL WAHID
Presiden Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Pengawal Keselamatan Semenanjung Malaysia (Kespa), Mohd Ali Ibrahim (dua dari kiri) mempengerusikan Mesyuarat Agung Tri Tahunan Kespa Kali ke-2 dia Kelab Darul Ehsan pada Sabtu. Foto Sinar Harian-MOHD HALIM ABDUL WAHID
A
A
A

AMPANG – Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Pengawal Keselamatan Semenanjung Malaysia (Kespa) mendesak kerajaan supaya mewujudkan akta dalam mengawal selia pembayaran gaji melibatkan pengawal keselamatan di negara ini.

Presidennya, Mohd Ali Ibrahim berkata, ini kerana pihaknya berjaya mengesan dan menyelesaikan penipuan pembayaran gaji selama setahun berjumlah RM3.8 juta membabitkan syarikat pengawal keselamatan yang berdaftar dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Mohd Ali
Mohd Ali

Menurutnya, setakat ini hanya 98 peratus daripada lebih 1,000 syarikat pengawal keselamatan mengikut aku janji yang ditetapkan oleh KDN.

“Selebihnya tidak ikut apa yang ditetapkan, kebanyakan syarikat curi duit gaji pengawal keselamatan RM500 hingga RM1,000 sebulan membabitkan bayaran gaji dan kerja lebih masa berjumlah kira-kira RM100,000 sebulan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Sinar Harian pada Mesyuarat Agung Tri Tahunan Kespa Kali ke-2 di Kelab DaruL Ehsan di sini, pada Sabtu.

Jelasnya, selama ini lebih 200,000 pengawal keselamatan di negara ini bekerja selama 12 jam tanpa bayaran kerja lebih masa dan gaji minima yang ditetapkan.

“Ini termasuklah tidak dibayar jika bekerja Sabtu dan Ahad dan cuti umum dan ini adalah merupakan satu penganiayaan kepada pekerja,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Tambahnya lagi, Kespa berperanan membantu memberikan sokongan kepada setiap aduan yang dibuat pengawal keselamatan kepada Jabatan Tenaga Kerja (JTK).

Sebahagian ahli Kespa yang menghadiri Mesyuarat Agung Tri Tahunan Kespa Kali ke-2 dia Kelab Darul Ehsan pada Sabtu. Foto Sinar Harian-MOHD HALIM ABDUL WAHID
Sebahagian ahli Kespa yang menghadiri Mesyuarat Agung Tri Tahunan Kespa Kali ke-2 dia Kelab Darul Ehsan pada Sabtu. Foto Sinar Harian-MOHD HALIM ABDUL WAHID

Beliau dalam pada itu mengesahkan sebanyak RM125 juta duit caruman Kumpulan Wang Simpanan Persaraan (KWSP) dan RM50 juta caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) pengawal keselamatan yang dipotong tidak dimasukkan ke dalam akaun dalam tempoh dua tahun.

“Ini adalah satu kesalahan jenayah yang perlu dikenakan tindakan undang-undang dan syarikat terbabit perlu disenarai hitam dan dikenakan tindakan tegas," katanya,

Mohd Ali berkata, jika isu berkenaan terus berlarutan, Kespa bersama 100 bas yang membawa pengawal keselamatan akan turun ke Putrajaya untuk bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada 15 Oktober ini .

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!