PRK Nenggiri: Pasangan suami isteri pengundi akhir
Mereka tiba di pusat mengundi itu kira-kira jam 5.50 petang.
Menurut Mohd Amran, kesibukan menguruskan kedai makan bukan alasan untuk mengelak daripada melaksanakan tanggungjawab itu.
"Kami merancang untuk datang pada awal pagi tetapi kedai makan sentiasa dipenuhi pelanggan sepanjang hari," katanya ketika ditemui di pusat mengundi itu.
Bapa kepada tiga anak itu memberitahu, menyedari kelewatan mereka untuk mengundi, mereka kemudiannya bergegas mengemas dan menutup kedai makan.
"Alhamdulillah kami sempat tiba walaupun pada saat akhir dan lega dapat memilih calon wakil rakyat di sini," katanya.
Mohd Amran yang berasal dari Kluang Johor memberitahu, sudah lebih 20 tahun menetap di Kampung Renok di sini selepas berkahwin dengan Rashidah.
Pusat mengundi berkenaan ditutup Penyelia Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan Renok Baru, Mohd Nazeri Abllah.
PRK DUN Nenggiri menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN) Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani dan calon Pas Mohd Rizwadi Ismail mewakili Perikatan Nasional (PN).
Kedua-dua calon mengundi di pusat mengundi yang sama iaitu Tabika Sri Bakawali, Bertam Lama.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!