‘Lebih 2,000 pengundi putih PN tidak keluar mengundi’- Annuar Musa

Annuar Musa
Annuar Musa
A
A
A

SHAH ALAM - Lebih 2,000 pengundi putih daripada Perikatan Nasional (PN) didakwa tidak keluar mengundi selepas menerima habuan berbentuk wang ringgit daripada pihak tertentu.

Pengerusi Muafakat Nasional (MN), Tan Sri Annuar Musa berkata, kadar keluar mengundi yang tinggi telah memberi kelebihan kepada Barisan Nasional (BN).

“Apapun data dua jam terakhir (4 - 6 petang) belum diperolehi dari bilik operasi PN.

“Persaingan mungkin sengit, namun kita berserah sahaja kepada ALLAH SWT,” katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Sabtu.

Peratusan keluar mengundi bagi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri pada jam 4 petang mencatatkan 71.87 peratus.

Sebanyak 20,216 pengundi biasa daripada keseluruhan 20,259 pengundi berdaftar berpeluang memilih wakil rakyat baharu dengan menunaikan hak masing-masing di kesemua 20 pusat mengundi melibatkan 46 saluran yang dibuka serentak jam 8 pagi tadi.

Empat pusat mengundi telah ditutup pada 2 petang iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Tohoi, Pusat Pendidikan Komuniti Pos Gob, SK Sri Permai dan SK Kuala Sungai.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!