KDA FC kempunan kutip mata penuh di gelanggang sendiri

Aksi pemain Kedah ,Ebenezer Assifuah cuba mengasak gawang gol pasukan Negeri Sembilan pada Perlawanan Liga Super Kedah Darul Aman FC bertemu Negeri Sembilan NS FC di Stadium Darul Aman hari ini. - Foto: Bernama
Aksi pemain Kedah ,Ebenezer Assifuah cuba mengasak gawang gol pasukan Negeri Sembilan pada Perlawanan Liga Super Kedah Darul Aman FC bertemu Negeri Sembilan NS FC di Stadium Darul Aman hari ini. - Foto: Bernama
A
A
A

KEDAH Darul Aman (KDA) FC gagal meraih mata penuh apabila sekadar berkongsi satu mata selepas diikat 2-2 oleh Negeri Sembilan NS FC pada aksi Liga Super 2024-2025 di Stadium Darul Aman pada petang Sabtu.

Pelawat yang turun dengan misi untuk memperbaiki rekod perlawanannya apabila tewas tiga perlawanan berturut-turut sebelum ini berjaya mengimbangi corak permainan Sang Kenari.

KDA FC yang mengasak kubu pelawat terlebih dahulu dikejutkan jaringan Jacque Faye meletakkan NS FC di hadapan 0-1 pada minit ke-46 sebelum tamat separuh masa pertama.

Terkejut dengan jaringan tersebut, pasukan tuan rumah mengandakan asakan dan berhasil menyamakan kedudukan 1-1 menerusi ketua pasukan, Sony Norde pada minit ke-53.

Cleyton menceriakan penyokong tuan rumah apabila menanduk masuk gol untuk meletakkan Sang Kenari di hadapan 2-1 pada minit ke-62.

Bagaimanapun kegembiraan itu tidak kekal lama apabila Faye sekali lagi menjadi wira NS FC setelah menyamakan kedudukan 2-2 hasil rembatan padunya bagi menewaskan penjaga gol KDA FC, Kalamullah Al Hafiz pada minit ke-77.

Keputusan itu menyaksikan KDA FC mengumpul lapan mata dan kekal di kedudukan kelapan Liga Super manakala Negeri Sembilan kekal di tangga ke-12.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!