Deruman aset Maritim Malaysia pukau penonton

Orang ramai terpukau dengan persembahan aset Maritim Malaysia dalam Program Maritim Malaysia Jiwa Merdeka di Putrajaya pada Sabtu.
Orang ramai terpukau dengan persembahan aset Maritim Malaysia dalam Program Maritim Malaysia Jiwa Merdeka di Putrajaya pada Sabtu.
A
A
A

PUTRAJAYA - Deruman aset udara Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) memukau penonton serta menggamatkan suasana menerusi persembahan 'flying pass' helikopter jenis AS365 N3 Dauphin ketika Program Maritim Malaysia Jiwa Merdeka di Putrajaya pada Sabtu.

Pemangku Timbalan Ketua Pengarah Operasi Maritim Malaysia Laksamana Muda Maritim Datuk Mohd Rosli Abdullah berkata, gimik berkenaan adalah bagi menarik perhatian orang awam khususnya pengunjung kompleks membeli belah berkenaan sempena program pada hari ini.

Rosli (dua, kanan) ketika hadir dalam Program Maritim Malaysia Jiwa Merdeka di Putrajaya pada Sabtu.
Rosli (dua, kanan) ketika hadir dalam Program Maritim Malaysia Jiwa Merdeka di Putrajaya pada Sabtu.

Beliau berkata, program yang dianjurkan ini adalah salah satu usaha Maritim Malaysia dalam menyemarakkan semangat patriotisme rakyat Malaysia sempena sambutan Hari Kebangsaan yang ke-67.

"Program ini merupakan inisiatif strategik untuk mendekati komuniti bandar bagi memperkenalkan peranan dan tanggungjawab dalam menjaga keselamatan Zon Maritim Malaysia.

"Ia juga menjadi platform kepada masyarakat bagi memahami tanggungjawab Kementerian Dalam Negeri (KDN) secara keseluruhan dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia sama ada di darat dan perairan negara," katanya.

Beliau berkata demikian ketika hadir menyempurnakan Program Maritim Malaysia Jiwa Merdeka di sini pada Sabtu.

Turut hadir sama Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan Maritim Malaysia, Kepten Kehormat Maritim Mohd Norzam Mustapa, pegawai-pegawai kanan Maritim Malaysia serta rakan strategik penganjuran lain.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, Rosli menegaskan, hubungan erat terjalin antara Maritim Malaysia dan komuniti adalah kunci kejayaan dalam mengekalkan keselamatan dan ketenteraman Zon Maritim Malaysia.

Suasana turut digamatkan dengan gimik kehadiran Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat (STAR Team)
Suasana turut digamatkan dengan gimik kehadiran Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat (STAR Team)

"Kerjasama masyarakat sama ada komuniti maritim atau bandar adalah sangat penting di mana mereka berperanan sebagai mata dan telinga kepada pihak berkuasa.

"Ia bagi membantu dalam melaporkan segala aktiviti salah laku, jenayah, serta kecemasan yang berlaku di laut agar ia dapat diambil tindakan segera," katanya.

Menurutnya, keselamatan perairan negara bukan tanggungjawab Maritim Malaysia semata-mata tetapi ia memerlukan penglibatan semua pihak termasuk masyarakat,

"Maritim Malaysia amat menghargai kerjasama semua pihak menyalurkan maklumat yang berlaku di perairan negara dalam usaha melindungi dan mengekalkan keselamatan tanah air tercinta," ujarnya.

Gimik penerbangan aset udara Maritim Malaysia di hadapan perkarangan pusat beli belah berkenaan serta Moxy Putrajaya turut dihiburkan dengan persembahan Pasukan Pancaragam Pusat Maritim Malaysia.

Selain itu suasana turut digamatkan dengan gimik kehadiran Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat (STAR Team) yang berpakaian lengkap taktikal bagi mengiringi tetamu kehormat ke reruai Maritim Malaysia di aras G, IOI City Mall.

Program sehari ini turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti menarik di reruai Maritim Malaysia seperti pameran replika aset Maritim Malaysia, pakaian anggota Maritim Malaysia, penerangan peluang kerjaya, Virtual Reality, Wheel of Fortune, kuiz, aktiviti mewarna untuk kanak-kanak dan pelbagai aktiviti lain.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!