[TIDAK RASMI] BN rampas Nenggiri dengan majoriti 3,372 undi

BN berjaya merampas kembali kerusi DUN Nenggiri apabila calonnya, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani menang besar dalam PRK itu berdasarkan keputusan tidak rasmi sehingga jam 8.30 malam.
BN berjaya merampas kembali kerusi DUN Nenggiri apabila calonnya, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani menang besar dalam PRK itu berdasarkan keputusan tidak rasmi sehingga jam 8.30 malam.
A
A
A

GUA MUSANG - Barisan Nasional (BN) berjaya merampas kembali kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri apabila calonnya, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani menang besar dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) itu berdasarkan keputusan tidak rasmi sehingga jam 8.30 malam.

Mohd Azmawi atau lebih dikenali sebagai Awie menang dengan majoriti sebanyak 3,372 undi dan mengalahkan calon Pas, Mohd Rizwadi Ismail.

Mohd Azmawi yang juga Ketua Pemuda UMNO Kelantan dan Gua Musang mendapat undi sebanyak 9,113 undi sementara Mohd Rizwadi atau lebih mesra disapa Ustaz Wadi memperoleh 5,741undi.

PRK DUN Nenggiri menyaksikan pertembungan dua penjuru antara calon BN dan calon Pas dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang mewakili Perikatan Nasional (PN).

Kerusi DUN Nenggiri merupakan kawasan tradisi BN sejak tubuh penggal sebelum parti terbabit kalah dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) pada Ogos 2023.

Ketika itu kerusi berkenaan dirampas calon PN yang bertanding menggunakan logo Pas, Mohd Azizi Abu Naim.

DUN Nenggiri mempunyai 20,259 pengundi berdaftar dengan 20 pusat daerah mengundi (PDM) melibatkan 46 saluran.

PRK DUN Nenggiri diadakan berikutan kekosongan kerusi yang diumumkan Speaker DUN Kelantan Mohd Amar Nik Abdullah pada 19 Jun lepas, selepas bekas penyandangnya digugurkan keahlian oleh Bersatu pada 13 Jun lalu.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!