Tak sampai 4 minit perlawanan Perak FC, JDT ditangguh akibat hujan
TIDAK sampai empat permainan, perlawanan Liga Super di antara Perak FC menentang JDT terpaksa ditangguh selama 30 minit akibat hujan lebat di Stadium Perak di sini pada Sabtu.
Pada awalnya perlawanan diteruskan tempat jam 9 malam walaupun hujan lebat menyaksikan permainan agak perlahan.
Permukaan padang yang dipenuhi air menyebabkan hantaran bola tidak bagi kedua-dua pasukan tidak lancar dan mengganggu rentak perlawanan.
Ketika perlawanan memasuki minit ke-3, pengadil, Razlan Joffri Ali menangguhkan perlawanan dan mengarahkan semua pemain meninggalkan padang.
Dalam pada itu, biarpun hujan lebat, penyokong tuan rumah dan pelawat tidak berganjak keluar dari stadium.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!