Ahmad Zahid bersyukur BN menang majoriti besar

Ahmad Zahid ketika wawancara khas sempena PAU 2024 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada Sabtu.
FOTO: MOHD HALIM ABDUL WAHID
Ahmad Zahid ketika wawancara khas sempena PAU 2024 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada Sabtu. FOTO: MOHD HALIM ABDUL WAHID
A
A
A

SHAH ALAM - “Tiada ungkapan lebih besar dapat saya ungkapkan selain engkaulah yang memberikan kekuasaan Ya ALLAH,” kata Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau mengucapkan setinggi penghargaan kepada seluruh pengundi di N.43 DUN Nenggiri yang telah memberikan kepercayaan semula buat BN untuk kembali berkhidmat kepada rakyat di sini.

“Terima kasih juga saya ucapkan kepada Pengarah Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Nenggiri, Tan Sri Razaleigh Hamzah, Datuk Seri Ahmad Jazlan Yaakub selaku Pengarah Operasi dan pastinya seluruh jentera Barisan Nasional serta semua jentera parti di bawah Kerajaan Perpaduan yang telah bertungkus lumus membantu di Nenggiri bagi memastikan kemenangan calon kita, Awie,” katanya menerusi akaun Facebooknya pada Sabtu.

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, Kepercayaan yang diberikan ini bukan sahaja satu amanah, tetapi juga satu tanggungjawab besar yang akan kami laksanakan sebaiknya.

“Dengan mandat ini, kita raikan dengan penuh tawaduk dan keinsafan bahawa jalan perjuangan masih panjang serta usaha mengembalikan keyakinan rakyat kepada UMNO dan BN akan tetap diteruskan.

"Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada ikhtiar melakar kejayaan yang lebih bermakna di masa hadapan, terima kasih Nenggiri,” ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!