Kerja keras jentera Kerajaan Perpaduan bantu kemenangan BN - Mat Sabu

Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani diumumkan memenangi PRK DUN Nenggiri dengan majoriti 3,352 pada Sabtu. Gambar kecil: Mohamad
Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani diumumkan memenangi PRK DUN Nenggiri dengan majoriti 3,352 pada Sabtu. Gambar kecil: Mohamad
A
A
A

SHAH ALAM - Kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri disumbangkan oleh kerja kera jentera gabungan Kerajaan Perpaduan.

Presiden Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu mengucapkan setinggi penghargaan kepada jentera Amanah semua peringkat di atas komitmen yang diberikan.

“Tahniah kepada Yang Berhormat (YB) Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani yang dipillih sebagai ADUN bagi N43 Nenggiri hari ini,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Mohamad yang juga Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan berkata, kemenangan ini adalah isyarat jelas bahawa rakyat Kelantan telah bersedia untuk membuat perubahan bagi mengangkat gabungan Perpaduan mentadbir Kelantan dalam pilihan raya akan datang.

“Saya menyeru jentera Amanah untuk menumpukan segala kekuatan yang ada untuk memastikan kemenangan calon Perpaduan dalam PRK DUN Mahkota,” katanya.

BN berjaya merampas kembali kerusi DUN Nenggiri apabila calonnya, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani menang besar dalam PRK itu berdasarkan keputusan tidak rasmi sehingga jam 8.30 malam.

Mohd Azmawi atau lebih dikenali sebagai Awie menang dengan majoriti sebanyak 3,352 undi dan mengalahkan calon Pas, Mohd Rizwadi Ismail.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!