Pasukan Pilihan Selangor juara Piala Sultan Selangor

Aksi perlawanan antara pasukan Pilihan Selangor dan pasukan Pilihan Singapura pada Kejohanan Piala Sultan Selangor 2024 di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada Sabtu. Foto Sinar Harian/MOHD HALIM ABDUL WAHID
Aksi perlawanan antara pasukan Pilihan Selangor dan pasukan Pilihan Singapura pada Kejohanan Piala Sultan Selangor 2024 di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada Sabtu. Foto Sinar Harian/MOHD HALIM ABDUL WAHID
A
A
A

PASUKAN Pilihan Selangor mengekalkan kejuaraan Piala Sultan Selangor selepas menewaskan Pilihan Singapura, 2-1 di Stadium Merdeka pada Sabtu.

Biarpun beraksi dalam cuaca hujan dan padang becak, kedua-dua pasukan masih mampu menampilkan corak permainan menghiburkan penyokong masing-masing.

Separuh masa pertama anak buah Nizam Jamil dan Peter de Roo yang bekas Pengarah Teknikal Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM). menampilkan corak permainan yang menghiburkan kedua-dua penyokong-penyokong.

Namun keadaan cuaca hujan dan permukaan padang becak ternyata menjadi penghalang kepada deretan percubaan kedua-dua pasukan terutamanya Pasukan Pilihan Selangor.

Biarpun begitu gawang Pilihan Singapura akhir bolos hasil sentuhan Ronnie Fernández bagi membolehkan Pilihan Selangor memimpin perlawanan.

Bagaimanapun kedudukan itu tidak kekal lama apabila tandukan Faris Ramli kembali mengikat kedudukan sebelum Alvin Fortes menyempurnakan sepakan penalti untuk kemenangan 2-1

Pada perlawanan itu juga Faisal Halim diturunkan separuh masa pertama juga menampilkan beberapa percubaan terhadap pintu gol pasukan pelawat.

Sementara itu, Pasukan Veteran Selangor membuktikan kehebatan apabila mengungguli kategori tersebut selepas menewaskan Veteran Singapura, 2-1.

Gol Veteran Selangor dijaringkan setiap babak bermula dengan sentuhan Datuk Zainal Abidin Hassan sebelum Asmawi Bakiri melebarkan kedudukan.

Artikel Berkaitan:


Gol saguhati pasukan Veteran Singapura dijaringkan Noor Ali pada penghujung separuh masa kedua.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!