Pengundi luar bukan lagi deposit tetap Pas Kelantan - Asyraf Wajdi

Asyraf Wajdi (kiri) semasa sidang akhbar selepas pengumuman kemenangan calon BN, Mohd Azmawi Fikri (tengah) di Dewan Perdana, Kompleks Perdana, Majlis Daerah Gua Musang pada Sabtu.
Asyraf Wajdi (kiri) semasa sidang akhbar selepas pengumuman kemenangan calon BN, Mohd Azmawi Fikri (tengah) di Dewan Perdana, Kompleks Perdana, Majlis Daerah Gua Musang pada Sabtu.
A
A
A

GUA MUSANG - UMNO mendakwa pengundi luar bukan lagi menjadi deposit tetap kepada Pas Kelantan dengan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Nenggiri.

Setiausaha Agungnya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, ia kerana pengundi luar sebelum ini secara tradisinya lebih berpihak kepada Pas.

"Yang paling penting saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pengundi-pengundi luar yang selama ini lebih berpihak kepada Pas.

"Tapi kita boleh lihat kehadiran mereka yang ramai (kali ini) berbanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Kelantan (pada tahun lalu yang merekodkan jumlah keluar mengundi) sebanyak 61 peratus sahaja dan hari ini (peratusan keluar mengundi) 73 peratus," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas pengumuman kemenangan calon BN, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani bagi PRK Nenggiri di Dewan Perdana, Kompleks Perdana, Majlis Daerah Gua Musang pada Sabtu.

Mohd Azmawi diumum sebagai wakil rakyat baharu bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri apabila memperoleh kemenangan dengan majoriti, 3,352 menewaskan calon Pas, Mohd Rizwadi Ismail.

Asyraf Wajdi berkata, kemenangan tersebut juga menjadi moral penting kepada kerjasama Kerajaan Perpaduan.

Katanya, ia disebabkan dalam kerjasama berkenaan UMNO perlu menjadi tunjang utama mendapatkan kembali sokongan orang Melayu khususnya di luar bandar yang selama ini dilihat menjauhkan diri daripada UMNO dan BN.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!