Tak apalah, semua dah selesai - Radzi

Radzi (kiri) bertemu Mohd Rizwadi (kanan) untuk mengucapkan terima kasih.
Radzi (kiri) bertemu Mohd Rizwadi (kanan) untuk mengucapkan terima kasih.
A
A
A

GUA MUSANG - “Tak apalah, semua dah selesai.”

Itu komen ringkas Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Dr Radzi Jidin susulan kekalahan Perikatan Nasional (PN) kepada Barisan Nasional (BN) dengan majoriti besar pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, di sini, pada Sabtu.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Sinar Harian, di sini.

Radzi
Radzi

Sementara itu, di Facebooknya beliau memuat naik status berterima kasih kepada seluruh pengundi di Nenggiri walaupun keputusan tidak memihak kepada PN.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada seluruh pengundi serta jentera PN di N43 Nenggiri atas segala sokongan dan dedikasi anda semua.

“Walaupun keputusan tidak memihak kepada kita, sokongan anda sangat saya hargai.

“Terima kash juga kepada calon PN, saudara Ridzwadi Ismail, yang sudah menggalas tanggungjawab dalam pilihan raya kali ini.

Artikel Berkaitan:

“Kepada saudara Azmawi, semoga anda dapat menjalankan amanah dengan baik untuk warga Nenggiri.

Hingga kita bertemu lagi di lain kesempatan, InsyALLAH,” katanya.

Pada PRK berkenaan, PN hilang kerusi selepas calon mereka dari Pas, Mohd Rizwadi Ismail meraih 5,739 undi berbanding calon BN Azmawi Fikri Abdul Ghani 9,091 undi.

Ketua Pemuda Umno Kelantan itu memperoleh majoriti 3,352 undi sekali gus menewaskan pencabarnya dan berjaya merampas semula kerusi DUN Nenggiri.

Dalam pada itu, Setiausaha Pas Kelantan, Wan Roslan Wan Hamat yang dihubungi berkata, Pas menerima kekalahan itu secara positif dan memberitahu, calon yang dipilih sudah terbaik.

"Kami sudah bekerja keras. Alhamdulillah semua jentera memberi kerjasama tetapi kemenangan tidak memihak kepada kami,” katanya.

Kerusi DUN Nenggiri dipertanding mulai 2004 dan sudah melalui lima pilihan raya sebelum ini, yang menyaksikan empat daripadanya dimenangi oleh BN, manakala kali terakhir oleh wakil PN, Mohd Azizi Abu Naim.

Sebelum itu, tinjauan Sinar Harian di Pejabat Pas Gua Musang pada jam 9.30 malam mendapati jentera parti berkenaan dalam proses mengemas kawasan itu manakala kepimpinan mereka sudah meninggalkan lokasi lebih awal.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!