Wanita mengamuk gara-gara terlepas pesawat

Suspek (bulatan merah) memanjat kuanter bagasi selepas tidak berpuas hati selepas terlepas pesawat di Lapangan Terbang Antarabangsa O'Hare, Chicago. Foto Agensi
Suspek (bulatan merah) memanjat kuanter bagasi selepas tidak berpuas hati selepas terlepas pesawat di Lapangan Terbang Antarabangsa O'Hare, Chicago. Foto Agensi
A
A
A

CHICAGO - Tular video seorang wanita mengamuk gara-gara tertinggal pesawat di sebuah lapangan terbang telah mencetuskan reaksi geli hati netizen yang akur bahawa 'perempuan tidak pernah membuat kesilapan'.

Insiden berlaku pada jam 7.45 pagi (waktu tempatan) di Lapangan Terbang Antarabangsa O'Hare, Chicago di mana seorang wanita berusia 31 tahun melemparkan beberapa barang ke kaunter daftar masuk sambil memaki-hamun beberapa kakitangan di situ.

Saksi berkata, wanita itu hilang sabar selepas kakitangan lapangan terbang tidak membenarkan dia memasuki balai berlepas kerana didapati terlewat hampir sejam.

Menurut polis, wanita yang tidak didedahkan identitinya membaling telefon bimbit, monitor komputer selain memukul seorang kakitangan berusia 24 tahun.

Malah dia, juga didapati memanjat kaunter masuk bagasi sebelum melarikan diri

Polis kini sedang giat memburu wanita itu dan punca kejadian sedang disiasat.

Dalam pada itu, ramai netizen menyelar tindakan wanita yang mengamuk secara 'membabi buta' di lapangan terbang tersebut.

"Masalah boleh dibawa berbincang dan mengapa dia perlu mengamuk sebegitu.

Artikel Berkaitan:

"Betul la perempuan tidak pernah salah walaupun ia jelas hukumnya kerana terlewat tiba pada jam yang sepatutnya," kata netizen. - Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!