Tuanku Muhriz bukan penaung Ritz Corporate
SEREMBAN - Pejabat Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, menafikan dakwaan yang dibuat oleh Ritz Corporate Holding Berhad yang menyatakan bahawa Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir adalah penaung kepada syarikat tersebut.
Menurut Setiausaha Sulit kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Ritz Corporate Holding Berhad yang beralamat di 55-12A-H, Menara Northam, Jalan Sultan Ahmad Shah, George Town, Pulau Pinang tidak pernah memohon perkenan Ke Bawah Duli Tuanku untuk menjadi penaung syarikat.
Sehubungan itu, semua institusi dan orang ramai yang pernah dihubungi oleh sesiapa juga berkaitan perkara di atas adalah dinasihatkan untuk membuat laporan polis kerana ia merupakan satu penipuan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!