PRK Nenggiri: Kekalahan terburuk PN sejak PRU15

 Shaiful Hazizy Zainol Abidin
Shaiful Hazizy Zainol Abidin
A
A
A

ALOR SETAR - Kekalahan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri pada Sabtu merupakan prestasi terburuk gabungan itu dalam PRK sejak Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ketua Penerangan UMNO Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, kekalahan itu seharusnya diletakkan atas bahu Pengarah Operasi Pilihan Raya PN bagi PRK Nenggiri, Tan Sri Annuar Musa.

Shaiful Hazizy yang juga Ketua UMNO Bahagian Merbok berkata, PN sepatutnya mengambil pendekatan yang lebih strategik dengan mengekalkan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor sebagai pengarah PRK.

"Sanusi dan ‘cerita’ beliau mempunyai rekod yang baik kepada PN sepanjang menjadi pengarah PRK sebelum ini, jika dibandingkan dengan Pengarah PRK PN yang berkempen bersama beg LV di Nenggiri," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Jelas Shaiful Hazizy, walaupun PN tewas dalam PRK seperti di Pulai dan Simpang Jeram, gabungan itu tetap berjaya meningkatkan atau mengekalkan peratusan undi mereka, tetapi keadaan sebaliknya berlaku di Nenggiri.

"Berdasarkan keputusan semalam, peratusan undi PN di kerusi tersebut merosot daripada lebih 50 peratus tahun lalu kepada 38 peratus.

"PN tidak berjaya mengekalkan, malah jauh lagi untuk meningkatkan peratusan undi mereka," katanya.

Beliau dalam masa sama, tidak ketinggalan merakamkan setinggi ucapan tahniah kepada calon Barisan Nasional (BN) Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani.

Artikel Berkaitan:

"Apa pun, tahniah saya ucapkan buat calon BN, YB Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani yang menang majoriti besar. Selamat berbakti!," tegasnya.

Dalam PRK DUN Nenggiri pada Sabtu, Mohd Azmawi Fikri menang dengan majoriti 3,352 undi mengalahkan calon Pas, Mohd Rizwadi Ismail.

Mohd Azmawi memperolehi 9,091 undi manakala Mohd Rizwadi mendapat 5,739 undi.

Dapatkan liputan komprehensif sepanjang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri di sini!.

@sinarharianonline

PRK Nenggiri: Kekalahan terburuk PN sejak PRU15 #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #Politik #PRK #Nenggiri #PN

News - AShamaluevMusic

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!