Kes curi: Pembantu peribadi pelakon wanita dibebas dengan jaminan polis

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

AMPANG - Pembantu peribadi kepada seorang pelakon wanita popular yang ditahan pada Rabu lalu selepas didakwa mencuri barang kemas milik majikannya itu dibebaskan dengan jaminan polis.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Superintenden Nazruel Ekram Abu Saare berkata, wanita itu dibebaskan setelah tempoh reman tamat pada Ahad.

"Suspek dibebaskan dengan jaminan polis, sementara siasatan kes dilengkapkan," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Pada Jumaat, media melaporkan wanita itu ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes curi di rumah seorang pelakon wanita yang juga majikannya di Taman Cempaka di sini, membabitkan kerugian kira-kira RM30,000, pada 26 Jun lalu.

Nazruel Ekram dilaporkan berkata, wanita itu ditahan di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak dan direman empat hari hingga Ahad.

Suspek mempunyai dua rekod jenayah lampau dan kes disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan iaitu curi di dalam bangunan.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!