Awie fokus selesai isu rumah generasi kedua

Mohd Azmawi (dua dari kanan) yang beramah mesra dengan penduduk di Sungai Asap A di Gua Musang pada Ahad.
Mohd Azmawi (dua dari kanan) yang beramah mesra dengan penduduk di Sungai Asap A di Gua Musang pada Ahad.
A
A
A

GUA MUSANG - Menyelesaikan isu pemilikan rumah generasi kedua Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) menjadi fokus utama calon Barisan Nasional (BN) selepas kejayaan merebut kerusi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri.

Calon menang, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani atau Awie, yang juga Ketua Pemuda UMNO Kelantan, berkata, banyak isu yang tertangguh selepas kekalahan BN di DUN itu pada pilihan raya negeri lalu.

Kini, menjadi bertanggungjawab beliau untuk menyelesaikan isu berkenaan termasuk menyediakan kemudahan asas kepada penduduk.

“Saya akan tumpu kepada isu perumahan anak muda atau generasi kedua selain memberi meningkatkan ekonomi setempat, rangkaian telekomunikasi dan peluang pekerjaan.

“Perlu selesaikan satu-satu dalam tempoh masa, mana yang boleh disegerakan, akan disegerakan kerana saya merupakan jambatan kepada Kerajaan Persekutuan,” katanya ketika ditemui pemberita semasa turun padang kali pertama selepas menang dengan bertemu pengundi-pengundi di sebuah warung di Sungai Asap A, di sini, pada Ahad.

Penyokong berswafoto dengan Mohd Azmawi (dua dari kanan) di Balai Rakyat Bukit Cekati, Gua Musang.
Penyokong berswafoto dengan Mohd Azmawi (dua dari kanan) di Balai Rakyat Bukit Cekati, Gua Musang.

Mengulas lanjut, beliau juga akan memberi perhatian terhadap isu bekalan air yang dihadapi penduduk di DUN itu dan berkata menyuarakan perkara tersebut kepada pihak kerajaan negeri.

“Semestinya perkara itu akan saya akan angkat dan suarakan kepada kerajaan negeri sebab setiap isu ada pertalian dengan kerajaan negeri ataupun kerajaan Persekutuan.

Artikel Berkaitan:

“Kalau kira manifesto, banyak isu yang dapat dilihat dan saya akan cuba selesaikan yang terbaik,” katanya.

Pada PRK Nenggiri, BN tidak akan melancarkan manifesto dengan pelbagai janji, sebaliknya hanya memberikan satu tawaran iaitu komitmen wakil rakyat bagi mendengar dan menyelesaikan masalah penduduk.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!