Gempa bumi kuat landa semenanjung Kamchatka, Rusia
MOSCOW - Gempa bumi berukuran 7.0 magnitud melanda pantai Semenanjung Kamchatka di Timur Jauh Rusia pada Sabtu, lapor Sputnik memetik Akademi Sains Rusia (RAS).
"Gempa bumi itu berlaku pada kedalaman 6 kilometer (km) dengan magnitud 7.0. Pusat gempa terletak 108 kilometer (67 batu) dari bandar Petropavlovsk-Kamchatskiy,” menurut akademi berkenaan.
RAS berkata, satu lagi gempa bumi dengan magnitud 4.7 berlaku 116 km dari Petropavlovsk-Kamchatskiy tidak lama kemudian.
Kementerian Situasi Kecemasan Rusia (EMERCOM) berkata, gempa pertama dirasai di seluruh daerah bandar Petropavlovsk-Kamchatskiy.
Menurut EMERCOM, pasukan penyelamat kini sedang memeriksa bangunan dan tiada ancaman tsunami susulan gempa bumi itu.
Gabenor Wilayah Kamchatka, Vladimir Solodov berkata, tiada gegaran susulan besar dijangka berlaku. - Bernama-Sputnik
@sinarharianonline Gempa bumi berukuran 7.0 magnitud melanda pantai Semenanjung Kamchatka di Timur Jauh Rusia pada Sabtu, lapor Sputnik memetik Akademi Sains Rusia (RAS). "Gempa bumi itu berlaku pada kedalaman 6 kilometer (km) dengan magnitud 7.0. Pusat gempa terletak 108 kilometer (67 batu) dari bandar Petropavlovsk-Kamchatskiy,” menurut akademi berkenaan. #SinarHarian #fyp #GempaBumi #Rusia #60saat
original sound - Sinar Harian
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!