Paetongtarn Shinawatra PM baharu Thailand

Paetongtarn Shinawatra. Foto AFP
Paetongtarn Shinawatra. Foto AFP
A
A
A

BANGKOK - Raja Thailand, Raja Maha Vajiralongkorn secara rasmi melantik Paetongtarn Shinawatra, anak perempuan kepada jutawan kontroversi dan bekas perdana menteri Thaksin, sebagai perdana menteri baharu negara itu.

Paetongtarn, 37, selaku perdana menteri paling muda yang memegang jawatan itu selepas mahkamah memecat perdana menteri sebelum ini dan membubarkan parti pembangkang utama.

Anak bongsu Thaksin merupakan individu ketiga dari dinasti sama menjadi perdana menteri di mana sebelum ini bapa dan ibu saudaranya yang disingkirkan daripada rampasan kuasa tentera.

Paetongtarn menerima arahan bertulis rasmi Raja Maha Vajiralongkorn bagi membentuk kerajaan dalam satu majlis di ibu pejabat bekas stesen TV pro-Thaksin sejurus selepas 9:30 pagi (waktu tempatan).

Justeru, beliau menyeru rakyat Thailand untuk bekerjasama bagi membantu memulihkan ekonomi lembap selepas bergelut panjang daripada pandemik Covid-19.

"Sebagai ketua kerajaan saya akan bekerjasama dengan Parlimen dengan hati terbuka selain menerima semua idea untuk membantu membangunkan negara.

"Kepada rakan-rakan saya, tugas ini tidak boleh dilakukan oleh perdana menteri sahaja. Namun, saya harap dapat menyelaraskan kuasa semua generasi, semua orang berbakat di Thailand iaitu daripada Kabinet, penjawat awam, sektor swasta dan rakyat." katanya selepas majlis itu. - AFP

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!