[VIDEO] Acuan BN di Mahkota tidak sama seperti di Nenggiri - Ahmad Zahid

A
A
A

BATU PAHAT - Barisan Nasional (BN) akan menggunakan pendekatan berbeza pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota berbanding di DUN Nenggiri.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, landskap politik dan demografi pengundi di Mahkota, Kluang tidak sama seperti di Nenggeri di Gua Musang, Kelantan.

"Kami melihat 66,000 pengundi di DUN Mahkota sangat besar dan berbeza profailnya. Di Mahkota juga terdapat lebih 4,000 pengundi tentera dan lebih kurang 400 pengundi polis.

"Manakala pengundi anak muda yang berumur 39 ke bawah dianggarkan sebanyak 52 peratus. Sudah pasti semua demografi yang berbeza ini memerlukan penyelarasan di jentera di peringkat pusat, negeri dan bahagian," katanya.

Beliau berkata demikian pada Istiadat Pentauliahan ke -15 Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam Peringkat Kebangsaan 2024 di Universti Tun Hussein Onn (UTHM) di sini pada Ahad.

Ahmad Zahir (dua kanan) sempena Istiadat Pentauliahan ke -15 Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam Peringkat Kebangsaan 2024 di UTHM Batu Pahat, pada Ahad.
Ahmad Zahir (dua kanan) sempena Istiadat Pentauliahan ke -15 Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam Peringkat Kebangsaan 2024 di UTHM Batu Pahat, pada Ahad.

Hadir sama Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO turut mengumumkan pelantikan Onn Hafiz sebagai Pengarah PRK DUN Mahkota dan Datuk Seri Ahmad Maslan sebagai timbalannya.

Artikel Berkaitan:

"Sementara Pengarah Operasi ialah Ketua UMNO Bahagian Kluang, Datuk Md Jais Sarday dan Pengerusi War Room, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

"Jentera di peringkat negeri di bawah Onn Hafiz dan jentera di peringkat bahagian di bawah kepimpinan Md Jais yang diatur gerak merupakan kombinasi terbaik dalam memberikan kemenangan kepada BN di Mahkota kelak," katanya.

Ditanya mengenai calon pada PRK Mahkota, Ahmad Zahid menjelaskan senarai calon telah diterima daripada UMNO bahagian Kluang namun belum disenarai pendekkan untuk diumumkan sebagai calon.

"Perbincangan akan dilakukan terlebih dahulu, namun saya amat hormati hierarki di peringkat bahagian dan negeri sebelum memutuskan soal calon.

"Bagaimana pun, calon yang diputuskan kelak perlu memiliki konsep "Wali" iaitu boleh menang (winnable), diterima (acceptable) dan disukai (likeable)," katanya.

Pada PRK yang berlangsung pada Sabtu, calon BN, yang juga Ketua Pemuda UMNO Kelantan, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani mendapat majoriti sebanyak 3,352 undi menewaskan calon PN, Mohd Rizwadi Ismail.

Mohd Azmawi Fikri atau lebih dikenali sebagai Awie memperoleh undian sebanyak 9,091 manakala bekas Timbalan Ketua Pemuda Pas Gua Musang memperoleh 5,739 undi.

PRK DUN Nenggiri membabitkan seramai 20,259 pengundi yang mendaftar dengan 86 peratus ialah Melayu, 14 peratus ialah Orang Asli manakala Cina dan India masing-masing 0.2 peratus dan 0.1 peratus.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRK DUN Mahkota pada 28 September manakala tarikh penamaan calon dan pengundian awal masing-masing ditetapkan pada 14 dan 24 September.

@sinarharianonline

Onn Hafiz dilantik Pengarah PRK DUN Mahkota - Ahmad Zahid #fyp #SinarHarian #PRKMahkota #BN #Johor #UMNO #AhmadZahidHamidi

News - AShamaluevMusic

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!