Remaja 15 tahun ditahan tunggang motosikal curi

Motosikal ditahan telah dibawa ke IPD Nilai untuk tindakan lanjut. Foto PDRM
Motosikal ditahan telah dibawa ke IPD Nilai untuk tindakan lanjut. Foto PDRM
A
A
A

NILAI - Seorang remaja lelaki bawah umur ditahan selepas didapati menunggang motosikal curi di Jalan Persiaran Pusat Bandar berhampiran Dataran Nilai di sini pada Sabtu.

Remaja berusia 15 tahun itu ditahan jam 11 malam dalam Operasi Samseng Jalanan dijalankan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Abdul Malik Hasim berkata, hasil siasatan lanjut mendapati suspek menunggang motosikal yang telah dilaporkan hilang sebelum ini.

"Motosikal yang dipercayai dicuri itu menggunakan nombor pendaftaran palsu ketika ditahan," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Sementara itu, Abdul malik berkata, sebanyak 47 motosikal telah diperiksa dan membabitkan 55 individu dalam operasi itu.

Menurutnya, operasi yang bermula jam 11 malam dan berakhir jam 5.00 pagi itu telah mengesan pelbagai kesalahan termasuk ubah suai ekzos dan struktur kenderaan tanpa kebenaran.

Tambahnya, sebanyak 148 saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan sepanjang operasi dijalankan.

"Selain itu sebanyak 31 motosikal telah disita di bawah Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan:

"Ibu bapa dinasihatkan sentiasa memantau pergerakan anak-anak kerana mereka juga boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Kanak-Kanak 2001," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!