Dayang Nurunuhaa tamatkan kemarau 8 tahun pingat emas petanque Sarawak

Dayang Nurulnuhaa Fasihah terharu selepas memenangi pingat emas petanque acara shooting wanita di Arena Petanque Santubong pada Ahad. Foto Bernama
Dayang Nurulnuhaa Fasihah terharu selepas memenangi pingat emas petanque acara shooting wanita di Arena Petanque Santubong pada Ahad. Foto Bernama
A
A
A

WAKIL tuan rumah, Dayang Nurunuhaa Fasihah Abang Misbahhuddin menamatkan kemarau lapan tahun pingat emas petanque apabila mengungguli acara shooting wanita Sukan Malaysia (Sukma) 2024 pada Ahad.

Pada aksi final di Gelanggang Petanque Negeri Sarawak, atlet berusia 18 tahun bagaimanapun mendapat tentangan sengit daripada wakil Wilayah Persekutuan, Nur Arissa Qasreena Ratinan apabila saling mengejar mata pada disiplin satu dan dua.

Bagaimanapun balingan kemas yang ditampilkan Dayang Nurulnuhaa pada disiplin ketiga dan kelima berjaya menidakkan cabaran Nur Arissa dengan skor 29-27 sekali gus menghadiahkan pingat emas untuk Sarawak.

"Sebenarnya kami tidak sangka dapat emas dalam acara shooting wanita sebab sasar untuk acara lain.

Dayang Nurulnuhaa Fasihah meraih pingat emas dalam acara petanque shooting wanita di Arena Petanque Santubong pada Ahad. Foto Bernama
Dayang Nurulnuhaa Fasihah meraih pingat emas dalam acara petanque shooting wanita di Arena Petanque Santubong pada Ahad. Foto Bernama

"Ini juga emas pertama Sarawak dalam petanque selepas edisi 2016 yang kita dapat dalam acara triples. Ini sememangnya luar daripada jangkaan kami,” kata jurulatih petanque Sarawak, Mohamad Ahir Binar.

Sementara itu, dalam penentuan pingat gangsa hari ini menyaksikan wakil Johor, Norissyakila Mohamed Sani menewaskan atlet tuan rumah, Fatin Raifana Abdul Rahman 29-6.

Acara shooting lelaki pula, Khairul Amirul Zamrulhisham dari Melaka berjaya menebus kekecewaanya pada edisi lepas apabila meraih pingat emas mengecewakan wakil Selangor, Ayzek Hakimi Safingan 37-28 hari ini.

Artikel Berkaitan:

"Di Kuala Lumpur saya dapat perak lawan individu yang sama, tetapi saya dapat rampas semula pingat emas pada edisi kali ini.

Dayang Nurulnuhaa Fasihah beraksi dalam acara shooting wanita di Arena Petanque Santubong pada Ahad. Foto Bernama
Dayang Nurulnuhaa Fasihah beraksi dalam acara shooting wanita di Arena Petanque Santubong pada Ahad. Foto Bernama

"Pingat emas kali ini sangat bermakna buat saya kerana ini merupakan SUKMA terakhir saya,” kata Khairul Amirul yang pernah mewakili negara sebelum ini.

Pingat gangsa dimenangi atlet Pahang, Muhammad Harith Muhaimin Hafaizul selepas meraih kemenangan tipis 26-25 dalam aksi penentuan tempat ketiga dan keempat. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!