Stor haram jadi lokasi simpan, pindah tong LPG

Anggota penguat kuasa KPDN memeriksa tong LPG yang dirampas menerusi serbuan dijalankan pada Khamis lalu.
Anggota penguat kuasa KPDN memeriksa tong LPG yang dirampas menerusi serbuan dijalankan pada Khamis lalu.
A
A
A

HULU SELANGOR - Kegiatan penyelewengan tong gas petroleum cecair (LPG) di sebuah premis dipercayai stor haram terbongkar dalam serbuan dekat Bukit Sentosa Rawang, Kuala Kubu Bharu, pada Khamis lalu.

Premis yang dipercayai menjadi lokasi penyimpanan serta aktiviti pemindahan LPG secara haram dikesan menerusi risikan dijalankan dua minggu lalu.

Ketua Pengarah Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Azman Adam berkata, serbuan itu dijalankan kira-kira jam 10.15 malam.

Beliau berkata, semasa serbuan, seorang lelaki tempatan dan dua lelaki individu warga asing didapati sedang leka melakukan aktiviti pemindahan LPG daripada tong berkapasiti 14 kilogram kepada tong berkapasiti 50 kilogram.

"Sindiket dipercayai membeli tong LPG bersubsidi terus dari lori penghantaran sekitar Kuala Kubu Bharu, Gombak, Kuala Selangor, Petaling Jaya dan Shah Alam.

Premis yang dipercayai menjadi lokasi penyimpanan serta aktiviti pemindahan LPG secara haram dikesan menerusi risikan dijalankan dua minggu lalu.
Premis yang dipercayai menjadi lokasi penyimpanan serta aktiviti pemindahan LPG secara haram dikesan menerusi risikan dijalankan dua minggu lalu.

"Tong LPG berkenaan kemudian akan dibawa ke stor haram ini sebelum kerja pemindahan dijalankan dipercayai untuk dijual kepada pasaran industri," katanya menerusi kenyataan pada Ahad.

Katanya, serbuan dijalankan merampas sebanyak 291 tong gas kosong dan berisi pelbagai jenama.

Artikel Berkaitan:

"Selain itu turut dirampas adalah sebuah lori, alat penimbang pelantar elektronik, hos penyambung, telefon bimbit serta beberapa dokumen perniagaan lain.

"Kesemua barangan dirampas bernilai keseluruhan RM60,000 ini kemudiannya disita bagi siasatan lanjut," katanya.

Menurutnya, siasatan serta tindakan diambil di bawah Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961.

"Selain itu, syarikat ini juga akan disiasat di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001) [Akta 613]," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!