Selangor sudah bersedia berdepan JDT

Pemain-pemain Selangor meraikan kejayaan mempertahankan kejuaraan Piala Sultan Selangor selepas menewaskan Pilihan Singapura di Stadium Merdeka pada Sabtu. FOTO: SINAR HARIAN / MOHD HALIM ABDUL WAHID
Pemain-pemain Selangor meraikan kejayaan mempertahankan kejuaraan Piala Sultan Selangor selepas menewaskan Pilihan Singapura di Stadium Merdeka pada Sabtu. FOTO: SINAR HARIAN / MOHD HALIM ABDUL WAHID
A
A
A

BEKAS juara lima kali, Selangor FC sudah bersedia berdepan penyandang juara dua kali berturut-turut Johor Darul Ta'zim (JDT) pada pentas perlawanan Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu ini selepas mempertahankan Piala Sultan Selangor.

Malah jelas pengendali Selangor FC, Nidzam Jamil kehadiran semula pemain lincah Faisal Halim dalam kesebelasan utama pasukan ketika merangkul kejuaraan dengan menewaskan Pilihan Singapura juga motivasi kepada pasukan tersebut.

Tambahnya, penampilan 45 minit bekas pemain Terengganu FC itu juga mesej positif kepada pasukan dalam persediaan menghadapi saingan skuad Harimau Selatan kendalian Hector Bidoglio.

Pemain-pemain Selangor FC yang mewakili Selangor dalam Kejuaraan Piala Sultan Selagor 2024. FOTO: SINAR HARIAN / MOHD HALIM ABDUL WAHID
Pemain-pemain Selangor FC yang mewakili Selangor dalam Kejuaraan Piala Sultan Selagor 2024. FOTO: SINAR HARIAN / MOHD HALIM ABDUL WAHID

“Kita gembira apabila dia akan melalui fasa sebegini biarpun belum berada pada tahap terbaik, namun berada di landasan tepat.

Ini proses normal bagi pemain yang baru pulih untuk mengambil masa kembali mendapatkan prestasi terbaik.

“Sebenarnya perlawanan kompetitif seperti Piala Sultan Selangor juga penting untuk kita beri dia pendedahan serta minit permainan.

“Saya juga gembira melihat komitmen semua 23 pemain tadi termasuk pemain-pemain seperti Zikri (Khalili), Azim (Al-Amin), Jebeng (Harith Haiqal). Cuma kita rehatkan Safuwan Baharudin dan Alex (Agyarkwa) untuk persediaan minggu depan. Secara keseluruhan saya berpuas hati perkembangan positif dipamerkan Faisal dan pasukan ini,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Kehadiran Faisal dalam kesebelasan utama juga memberi impak positif kepada pasukan Selangor. FOTO: SINAR HARIAN / MOHD HALIM ABDUL WAHID
Kehadiran Faisal dalam kesebelasan utama juga memberi impak positif kepada pasukan Selangor. FOTO: SINAR HARIAN / MOHD HALIM ABDUL WAHID

Pada perlawanan itu, Pilihan Selangor mempertahankan kejuaraan dimenangi sebelum ini untuk edisi ketiga selepas menewaskan Pilihan Singapura 2-1 di Stadium Merdeka.

Gol Pilihan Selangor dijaringkan Ronnie Fernandez dan Alvin Fortes manakala Faris Ramli menjelmakan jaringan saguhati buat Pilihan Singapura.

Piala FA 2024/25

Perlawanan Akhir

24 Ogos (Sabtu)

JDT lwn Selangor FC

(Stadium Nasional Bukit Jalil, jam 9 malam).

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!