JPNT siasat punca kes keracunan makanan di SBP

Laporan Sinar Harian.
Laporan Sinar Harian.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) sedang menyiasat punca kes keracunan makanan melibatkan lebih 20 pelajar sebuah sekolah berasrama penuh (SBP) di Kuala Nerus.

Pengarahnya, Jelani Sulong berkata, setakat ini pelajar terlibat dalam kes keracunan itu telah stabil selepas menerima rawatan.

"Kita ada menerima laporan kes keracunan makanan membabitkan pelajar di SBP dan tindakan lanjut berhubung kes itu telah diambil," katanya ketika dihubungi di sini pada Ahad.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan ibu bapa pelajar mendakwa terdapat beberapa kes keracunan makanan yang berlaku melibatkan pelajar asrama sekolah tersebut.

Katanya, lebih 20 pelajar mengalami simptom keracunan makanan seperti sakit perut dan cirit-birit pada Khamis lalu dan telah dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) serta beberapa hospital.

Difahamkan, Jabatan Kesihatan negeri (JKNT) akan mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai kes keracunan makanan membabitkan pelajar SBP tersebut dalam tempoh terdekat.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!