Malaysia #QuranHour letak tiga elemen utama jiwa merdeka

Program Malaysia #QuranHour 2024 akan diadakan serentak di seluruh negara pada 30 Ogos ini di lokasi perdana, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya bermula jam 10 hingga 11 pagi. Gambar kecil: Ahmad Sanusi
Program Malaysia #QuranHour 2024 akan diadakan serentak di seluruh negara pada 30 Ogos ini di lokasi perdana, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya bermula jam 10 hingga 11 pagi. Gambar kecil: Ahmad Sanusi
A
A
A

SHAH ALAM - Malaysia #QuranHour 2024 menerusi panduan sunnah Rasulullah SAW meletakkan tiga elemen utama bagi membentuk jiwa merdeka dalam kalangan umat Islam termasuk membebaskan negara daripada sistem jahiliah.

Timbalan Dekan Penyelidikan dan Inovasi, Fakulti Pengajian Quran Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia, Profesor Madya Dr Ahmad Sanusi Azmi berkata, antara elemen lain ialah membebaskan manusia daripada kepercayaan tidak benar dan membentuk akhlak serta amalan yang baik.

“Sistem jahiliah ini maknanya ketetapan yang bercanggah dengan syariah itu sendiri.

"Contohnya masyarakat sebelum ini tidak menutup aurat, maka Rasulullah SAW menunjukkan pada mereka cara menutup aurat.

“Jadi sunnah ini membantu al-Quran menanamkan konsep kerangka pemikirannya dalam masyarakat dan juga membawa secara praktikalnya bagaimana sistem yang perlu dibentuk,” katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Program Malaysia #QuranHour 2024 akan diadakan serentak di seluruh negara pada 30 Ogos ini di lokasi perdana, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya bermula jam 10 hingga 11 pagi.

Slot tersebut akan bersiaran secara langsung melibatkan wakil media antaranya ialah Sinar Harian, Astro Oasis, TV9, Bernama, TV Alhijrah, Zayan, Astro Awani, Nu Ideaktiv, IKIM FM, Denaihati.com dan Radio Televisyen Malaysia (RTM) selaku penyiar utama Malaysia #QuranHour.

Ujar Ahmad Sanusi, penganjuran program Malaysia #QuranHour yang kini memasuki tahun ke-10 dilihat membawa satu dimensi baharu dalam mengangkat tahap kefahaman al-Quran lebih ke hadapan.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, pendekatan program tersebut bukan sekadar mendengar atau membaca tetapi juga memahami konteks al-Quran.

“Jadi kita faham bahawa Malaysia #QuranHour ini bukan sekadar membentuk jiwa merdeka tetapi dibahaskan juga jiwa merdeka yang bagaimana.

“Maknanya impak dari aspek memberi kefahaman, kita lihat bahawa pengaruh program-program seperti My #QuranTime itu pun mempunyai ramai pengikut. Jadi kefahaman pun lebih meningkat.

“Kedua, bagaimana Malaysia #QuranHour kali ini, membawa pendekatan lebih baru untuk memastikan masyarakat dapat menghayati mesej al-Quran dengan jelas,” ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!