Lelaki meninggal dunia dekat belukar akibat masalah jantung

Anggota polis memeriksa mayat seorang lelaki yang dijumpai berdekatan belukar dekat Kampung Bukit Chatak, Dungun pada petang Sabtu.
Anggota polis memeriksa mayat seorang lelaki yang dijumpai berdekatan belukar dekat Kampung Bukit Chatak, Dungun pada petang Sabtu.
A
A
A

DUNGUN - Lelaki tanpa identiti yang ditemukan meninggal dunia berdekatan sebuah belukar di Kampung Bukit Chatak, dekat sini pada petang Sabtu disahkan akibat saluran jantung tersumbat.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintenden Maizura Abdul Kadir berkata, perkara itu disahkan pegawai perubatan Jabatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di Kuala Terengganu.

Menurutnya, bedah siasat ke atas mayat lelaki tersebut selesai dilakukan jam 10 pagi Ahad.

"Kita sedang menunggu maklum balas daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk pengesahan identiti bagi urusan tuntutan mayat oleh ahli keluarga mangsa," katanya kepada pemberita, pada Ahad.

Maizura memberitahu, terdapat barangan lain dijumpai berdekatan lokasi mayat tersebut antaranya sejadah, pakaian dan mi segera.

Sebelum ini media melaporkan penduduk di Kampung Bukit Chatak dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki yang hampir reput.

Mayat lelaki itu ditemui terbaring oleh seorang penduduk yang terhidu bau busuk ketika mahu mencari kayu untuk dibuat bubu kira-kira jam 3.20 petang.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!