Amaran ribut petir, hujan lebat sehingga 10 malam ini
SHAH ALAM - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda beberapa negeri sehingga 10 malam ini.
MetMalaysia memaklumkan amaran tersebut meliputi negeri-negeri di utara Semenanjung iaitu Perlis, Kedah (Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu); Pulau Pinang dan Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak dan Kuala Kangsar).
Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang itu juga dijangka berlaku di Selangor (Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang); Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya serta Johor (Tangkak, Segamat, Muar dan Batu Pahat).
Selain itu, amaran yang dikeluarkan setakat jam 7.30 malam itu menunjukkan tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam atau dijangka berlaku melebihi satu jam.
Amaran sama turut dikeluarkan di beberapa kawasan di Sarawak yang melibatkan Betong (Saratok dan Kabong), Sarikei (Sarikei dan Meradong), Sibu (Sibu), Mukah, Miri (Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang.
Di Sabah pula turut membabitkan kawasan di Pedalaman (Sipitang, Tenom dan Nabawan) dan Tawau (Tawau).
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!