HSA siasat dakwaan pesakit hilang barang kemas semasa rawatan
Hospital Sultanah Aminah
A
A
A
Pengarah berkenaan, Dr Sal Atan berkata, pihaknya mengambil maklum berkaitan video tular di TikTok yang dimuat naik pemilik akaun @sarawanannagayah semalam yang tidak berpuas hati berhubung isu kehilangan barang kemas pesakit itu selain turut menyatakan kamera litar tertutup (CCTV) di hospital tidak berfungsi.
Beliau berkata, CCTV tidak dipasang di kawasan perawatan pesakit JKT adalah bagi menjaga privasi pesakit.
"Siasatan lanjut berhubung isu ini sedang dijalankan dan pihak pengurusan hospital juga akan memberikan kerjasama sepenuhnya dengan pihak polis jika memerlukan siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Dr Sal, berkata pihak pengurusan sentiasa komited dan berusaha untuk meningkatkan kepuasan hati pelanggan dan imej hospital dalam memberikan perkhidmatan perawatan yang terbaik.
Terdahulu, video itu memaparkan seorang lelaki yang mendakwa dari sebuah pertubuhan kebajikan masyarakat meluahkan ketidakpuasan hati dengan pihak pengurusan hospital susulan isu kehilangan barang kemas didakwa milik seorang pesakit wanita ketika menerima rawatan di JKT pada 25 Julai lepas dan mendakwa CCTV di hospital itu tidak berfungsi.
Lelaki dirakam bersama wanita yang didakwa pesakit itu turut menggesa semua pihak yang terlibat bertanggungjawab dan mengambil tindakan sewajarnya bagi membantu pesakit berkenaan. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!