Gangguan Seksual: Polis siasat bekas ahli Parlimen

Polis telah menerima laporan daripada mangsa pada 6 Ogos lalu yang menyatakan telah diganggu secara seksual sebanyak dua kali ketika berada di pasar raya berkenaan. - Gambar hiasan 123RF, gambar kecil: Shahrulnizam
Polis telah menerima laporan daripada mangsa pada 6 Ogos lalu yang menyatakan telah diganggu secara seksual sebanyak dua kali ketika berada di pasar raya berkenaan. - Gambar hiasan 123RF, gambar kecil: Shahrulnizam
A
A
A

PETALING JAYA - Polis melakukan siasatan terhadap seorang bekas ahli Parlimen yang didakwa terbabit dalam kes gangguan seksual terhadap seorang wanita di sebuah pasar raya terkemuka di Kota Damansara dekat sini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja'afar berkata, pihaknya telah terkesan satu video tular berdurasi 18 saat berhubung dakwaan itu pada jam 2 petang Ahad.

"Kita telah menerima laporan daripada mangsa berusia 20-an pada 6 Ogos lalu yang menyatakan telah diganggu secara seksual sebanyak dua kali daripada suspek ketika berada di pasar raya berkenaan," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Shahrulnizam berkata, berikutan kejadian terbabit, siasatan terperinci telah dilakukan mengikut Seksyen 507 A Kanun Keseksaan dan Seksyen 509 akta sama.

"Berdasarkan hasil siasatan, suspek yang disyaki bertugas di sebuah syarikat badan berkanun dan menjawat jawatan sebagai pengarah bukan eksekutif. Kita akan merakam keterangan lelaki itu bagi membantu siasatan," katanya.

Beliau berkata, orang ramai dinasihatkan supaya mematuhi undang-undang dan tidak melakukan sebarang perbuatan jenayah.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kes ini boleh menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya ditalian 03-79662222," katanya.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!