Kehilangan besar buat industri media - Fahmi Fadzil

Fahmi (kanan) sempat menziarah Allahyarham semasa menjalani rawatan di hospital sebelum ini.
Fahmi (kanan) sempat menziarah Allahyarham semasa menjalani rawatan di hospital sebelum ini.
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Pemergian Pengarah Media dan Komunikasi Strategik di Pejabat Perdana Menteri (PMO), Rozaid Abdul Rahman, 59, merupakan satu kehilangan yang amat besar buat industri media.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, Allahyarham seorang yang sangat berdedikasi dan komited dalam melaksanakan tugas-tugasnya selain ramah serta suka membantu rakan-rakan.

"Pemergian beliau merupakan kehilangan yang amat besar buat industri media, serta sememangnya dirasai dan ditangisi.

"Semoga ALLAH SWT ampunkan segala dosa dan kurniakan syurga buatnya.

"Takziah kepada seluruh anggota keluarga serta sahabat handai Allahyarham. Tenanglah dikau di negeri abadi. Al-Fatihah," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Ahad.

Fadhlina (kanan) sempat menziarah Allahyarham semasa menjalani rawatan di hospital sebelum ini.
Fadhlina (kanan) sempat menziarah Allahyarham semasa menjalani rawatan di hospital sebelum ini.

Rozaid yang juga pernah berkhidmat sebagai Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian, dilaporkan meninggal dunia di kediamannya di Putra Heights petang tadi oleh Setiausaha Akhbar Perdana Menteri, Tunku Nashrul Tunku Abaidah.

Beliau pernah mengalami serangan jantung dan mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek turut menyampaikan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga.

“Saya ingin mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga beliau. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman,” ujarnya.

Difahamkan urusan mandi dan solat jenazah Allahyarham Rozaid akan diadakan pada jam 8.30 pagi esok di Masjid Putra Heights, Subang Jaya dan dikebumikan pada jam 10 pagi di Tanah Perkuburan Islam, Persint 20, Putrajaya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!