Lelaki Nepal maut bergaduh sebab bising

Polis meminta bantuan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai individu terbabit supaya menghubungi pihak polis bagi membantu siasatan.
Polis meminta bantuan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai individu terbabit supaya menghubungi pihak polis bagi membantu siasatan.
A
A
A

PARIT BUNTAR - Seorang lelaki wargan Nepal maut dipercayai akibat pergaduhan di sebuah asrama pekerja di Kuala Kurau dekat sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Juna Yusoff berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai pergaduhan melibatkan sekumpulan warga asing kira-kira jam 12.35 tengah malam.

Menurutnya, bertindak atas maklumat diterima, sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian bergegas ke tempat kejadian dan mendapati pergaduhan terbabit sudah berhenti, bagaimanapun seorang lelaki wargan Nepal meninggal dunia disebabkan pergaduhan tersebut.

"Hasil siasatan awal pihak polis mendapati pergaduhan tercetus antara sekumpulan warga asing dari Myanmar dan Nepal ini berpunca akibat rasa tidak puas hati kerana membuat bising.

"Mangsa yang berusia 28 tahun disyaki telah terbunuh dalam pergaduhan tersebut akibat luka tusukan disebabkan objek tajam," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Juna berkata, kedua-dua kumpulan warga asing itu bekerja di sebuah kilang yang sama.

Tambahnya, susulan kejadian itu, Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kerian bertindak membuat tangkapan ke atas 21 individu yang terlibat dalam pergaduhan terbabit bagi membantu siasatan.

Jelasnya, pihak polis juga sedang mengesan seorang lelaki warga Myanmar berusia 38 tahun dipercayai turut terlibat dalam pergaduhan yang menghilangkan diri selepas kejadian terbabit.

Artikel Berkaitan:

Susulan itu, pihak polis memohon bantuan orang ramai sekiranya terjumpa atau mempunyai sebarang maklumat mengenai lelaki terbabit supaya menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kerian, Asisten Superintendan Ambri Mat Nayan di talian 011-1309 2525 atau Pegawai Penyiasat Kes, Inspektor Fernandes Anak Bayoi di talian 019-867 3515.

Orang ramai juga boleh menghubungi IPD Kerian di talian 05- 721 5222 atau mana-mana balai polis terdekat bagi menyalurkan maklumat lanjut.

Dalam pada itu, Juna turut mengingatkan orang ramai agar tidak menimbulkan sebarang spekulasi yang boleh mengeruhkan lagi keadaan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!