Satukan umat Islam pelbagai usia

Malaysia #QuranHour tingkat penyertaan umat Islam mencintai kalam ALLAH. Gambar kecil: Halimah
Malaysia #QuranHour tingkat penyertaan umat Islam mencintai kalam ALLAH. Gambar kecil: Halimah
A
A
A

SHAH ALAM - Malaysia #QuranHour berpotensi menyatukan masyarakat Muslim daripada pelbagai peringkat usia dalam.

Pengerusi Halaqah Al-Quran (Bersekutu) Kluang, Halimah Md Nor berkata, kerjasama dengan masjid, sekolah, universiti, komuniti setempat dan organisasi Islam menjadikan program itu lebih berdaya saing dan relevan.

“Malaysia #QuranHour merupakan inisiatif penting dalam usaha mendekatkan umat Islam dengan al-Quran.

“Sebagai program yang menggalakkan pembacaan dan penghayatan al-Quran secara kolektif, ia memiliki potensi besar menyatukan pelbagai peringkat umur dalam masyarakat Muslim.

“Program tersebut bukan sekadar membaca al-Quran, ia juga merangsang minat dan penyertaan dalam kalangan umat Islam menjadikannya satu platform pendidikan yang berharga,” katanya kepada Sinar Harian.

Tambah Halimah, program Malaysia #QuranHour sangat baik kerana mengajak masyarakat mencintai al-Quran dan memahami isi kandungannya.

Program World #QuranHour Negeri Sembilan yang diadakan sebelum ini.
Program World #QuranHour Negeri Sembilan yang diadakan sebelum ini.

“Ia secara tidak langsung menuntut kita untuk menjaga hak kitab suci itu dengan membaca, belajar, taddabur dan mengajar.

Artikel Berkaitan:

“Semoga berkat mencintai dan mengamalkan tuntutan dalam al-Quran mudah-mudahan kita dan negara ini terus dirahmati ALLAH selalu.

“Saya sudah beberapa kali berpeluang menyertai Malaysia #QuranHour, syukur jika sebelum ini saya hanya membaca tetapi kini sudah mentaddabur kehendak al-Quran serta sedikit sebanyak dapat menjelaskannya kepada anak cucu,” katanya.

Dalam pada itu, jelas pesara itu, kempen tahun ini yang menekankan tema Jiwa Merdeka Memaknai Rukun Negara sangat berpadanan kerana Kepercayaan Kepada Tuhan dalam Rukun Negara jelas mempunyai kaitan rapat dengan jiwa merdeka.

“Insya-ALLAH kita akan mendapat hidayah rahmat dan reda.

“Itulah merdeka sebenar iaitu membebaskan diri daripada perkara mungkar yang membawa kita kesesatan di sisi ALLAH, wallahualam,” katanya.

Program Malaysia #QuranHour 2024 akan diadakan serentak di seluruh negara pada 30 Ogos ini di lokasi perdana, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya bermula jam 10 hingga 11 pagi.

Slot tersebut akan bersiaran secara langsung melibatkan wakil media antaranya ialah Sinar Harian, Astro Oasis, TV9, Bernama, TV Alhijrah, Zayan, Astro Awani, Nu Ideaktiv, IKIM FM, Denaihati.com dan Radio Televisyen Malaysia (RTM) selaku penyiar utama Malaysia #QuranHour.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!