'Suami pelanggan ugut nak tembak saya'

Kaunselor juga tidak terkecuali berdepan dengan ancaman keselamatan dalam karier mereka. Foto123RF
Kaunselor juga tidak terkecuali berdepan dengan ancaman keselamatan dalam karier mereka. Foto123RF
A
A
A

SHAH ALAM - Pelbagai cabaran terpaksa dihadapi kaunselor sepanjang menjalankan tugas sebagai pembimbing dan penasihat kepada individu yang menghadapi masalah berkaitan kesihatan mental.

Pegawai Psikologi Universiti Putra Malaysia (UPM), Mohd Redzuan Zamberi berkata, antara situasi yang mencabar adalah apabila berhadapan dengan ugutan tembak dan gangguan mistik selepas merawat pesakit.

“Sepanjang bertugas sebagai kaunselor, memang banyak pengalaman yang tidak dapat saya lupakan lebih-lebih lagi apabila melibatkan keselamatan diri.

“Saya pernah terima beberapa ancaman, contohnya suami kepada pelanggan buat ugutan menerusi panggilan telefon untuk tembak saya. Dia ancam nak bawa pistol.

"Situasi ini berlaku disebabkan dia cemburu isterinya mendapatkan rawatan dengan kaunselor lelaki,” katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Mohd Redzuan
Mohd Redzuan

Mengulas lanjut, Mohd Redzuan memaklumkan, walaupun mempunyai kepakaran dalam bidang psikologi namun ia tidak menjamin bahawa kaunselor bersedia untuk menghadapi situasi luar jangka seperti itu.

Dalam pada itu, beliau turut berkongsi pengalaman rakan sekerjanya yang terpaksa dirawat secara perubatan Islam kerana mengalami gangguan selepas memberi perkhidmatan kepada pelanggan.

Artikel Berkaitan:

“Selain daripada ugutan, kita tak dapat lari daripada kes sihir. Sebelum ini pelanggan yang disihir oleh skandalnya dan ada satu kejadian berlaku hingga menyebabkan rakan saya terpaksa melakukan rawatan untuk pulihkan semangatnya semula,” jelasnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!