16 pasukan bertarung pamer kehebatan

Pasukan SMK Meru
Pasukan SMK Meru
A
A
A

SEBANYAK 16 pasukan berentap dalam Pusingan Kedua Piala Datuk Mokhtar Dahari Bawah 18 (B-18) Tahun bagi memburu slot lapan terbaik kejuaraan pada Isnin.

Pasukan pilihan kejohanan yang juga juara Piala Sumbangsih, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Meru akan berdepan cabaran SMK Darul Ehsan (PPD Gombak) di Stadium Universiti Islam Antarabangsa (UIA).

Naib juara SMK Dato' Haron (PPD Kuala Selangor) juga pasukan pilihan kedua pula akan menerima kunjungan SMK Shahbandaraya (PPD Klang) di padang SK Bandar Baru Kuala Selangor.

Pasukan SMK Dato' Haron
Pasukan SMK Dato' Haron

Satu lagi pasukan pilihan SMK Shah Alam (PPD Petaling Perdana) pula akan menerima kunjungan SMK Kelana Jaya (PPD Petaling Utama) di padang A Radia Arena, Bukit Jelutong.

SMK Tengku Ampuan Jemaah (PPD Klang) pula berdepan SMK Tinggi Kajang (PPD Hulu Langat) di padang SMK Tinggi Kajang.

SMK TTDI Jaya (PPD Petaling Perdana) akan menanti SMK Sungai Besar (PPD Sabak Bernam) dalam perlawanan yang dijadualkan berlangsung di padang Radia Bukit Jelutong.

No Image Caption

Artikel Berkaitan:

SMK Pengkalan Permatang (PPD Kuala Selangor) pula menerima kunjungan SMK Taman Dato' Haron (Petaling Perdana) di padang SMK Pengkalan Permatang).

SMK Telok Panglima Garang (PPD Kuala Langat) akan berdepan dengan SMK Bukit Jelutong (PPD Petaling Perdana) di padang Awam Sungai Buaya, Banting.

SMK Taman Jasmin 2 (PPD Hulu Langat) pula menanti kunjungan SMK Bandar Saujana Putra (PPD Kuala Langat) di padang Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!