Kes Nuraina Humaira: Remaja 17 tahun direman seminggu

Perintah reman ke atas remaja berusia 17 tahun ini dikeluarkan Majistret Nurul Asyifa Redzuan untuk siasatan kes di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Perintah reman ke atas remaja berusia 17 tahun ini dikeluarkan Majistret Nurul Asyifa Redzuan untuk siasatan kes di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
A
A
A

SUNGAI SIPUT - Seorang remaja lelaki direman selama seminggu bermula Isnin bagi membantu siasatan kes pembunuhan kanak-kanak perempuan, Nuraina Humaira Rosli, 10.

Perintah reman ke atas remaja berusia 17 tahun itu dikeluarkan Majistret Nurul Asyifa Redzuan untuk siasatan kes di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Suspek tiba di pekarangan Mahkamah Majistret Sungai Siput kira-kira 8.30 pagi diiringi anggota polis.

Dia dilihat memakai baju T berwarna biru gelap dan berseluar sukan hitam.

Media melaporkan, suspek ditahan pada Ahad selepas laporan bedah siasat dijalankan ke atas kanak-kanak terbabit menunjukkan terdapat kesan koyakan pada kemaluan dan kecederaan akibat tekanan pada bahagian leher.

Dengan penemuan itu, polis tidak menolak kemungkinan mangsa telah dirogol sebelum dibunuh.

Mayat murid tahun empat Sekolah Kebangsaan (SK) Pos Kuala Mu itu ditemukan sekitar jam 4.20 petang pada Sabtu hasil operasi mencari yang digerakkan selepas mangsa dilaporkan tidak pulang ke rumah sejak Jumaat.

Mangsa dijumpai dalam keadaan terbaring di kawasan berpaya di perkampungan Orang Asli Kampung Bersah, Pos Kuala Mu di sini.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan berita:

  • Reman: Remaja lelaki 17 tahun direman seminggu untuk siasatan kes pembunuhan.
  • Kesalahan: Disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan (membunuh).
  • Bedah Siasat: Mangsa mungkin dirogol sebelum dibunuh.
  • Penemuan: Mayat mangsa ditemui di kawasan berpaya di Kampung Bersah.
  • Latar belakang: Mangsa dilaporkan hilang sejak Jumaat.
Dijana oleh AI

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!