PM sifatkan pemergian Rozaid seperti kehilangan keluarga, sahabat

Anwar hadir menziarahi Allahyarham Rozaid di Masjid Putra Heights, Subang Jaya. Foto Sinar Harian/ Rosli Talib
Anwar hadir menziarahi Allahyarham Rozaid di Masjid Putra Heights, Subang Jaya. Foto Sinar Harian/ Rosli Talib
A
A
A

SUBANG JAYA – [DIKEMAS KINI] Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pemergian Pengarah Media dan Komunikasi Strategik di Pejabat Perdana Menteri (PMO), Rozaid Abdul Rahman sebagai kehilangan keluarga dan sahabat.

Anwar berkata, bekas Ketua Pengarang Sinar Harian itu juga sebagai sahabat dan kenalan lamanya ketika Rozaid menjdi wartawan di Utusan Malaysia.

“Bapa beliau juga kenalan lama di Permatang Pauh, dari segi peribadi memang saya kehilangan sahabat yang menyokong saya selama ini, ” katanya ketika hadir ke Masjid Putra Heights, Subang Jaya pada Isnin.

Anwar dan isterinya Wan Azizah hadir bagi memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham Rozaid. Foto Sinar Harian/ Rosli Talib
Anwar dan isterinya Wan Azizah hadir bagi memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham Rozaid. Foto Sinar Harian/ Rosli Talib

Anwar hadir bersama isterinya Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail bagi memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham Rozaid yang meninggal dunia akibat serangan jantung pada Ahad.

Anwar berkata, di Pejabat Perdana Menteri Rozaid merupakan tunggak dari segi strategi menyantuni media.

“Saya doakan agar roh Allahyarham Rozaid dicucuri rahmat ALLAH SWT dan berharap isteri dan keluarga supaya bersabar dengan dugaan ini,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Turut hadir memberi penghormatan terakhir Menteri Komunikasi, Fahmi Fadhil, Ketua Setiausaha Negara (KSN), Datuk Seri Shamsul Azri Abu Bakar dan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri.

Sebelum ini, Allahyarham pernah mengalami masalah kesihatan yang sama dan telah mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang.

Pada 5 Julai lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menziarahi Rozaid yang sedang menerima rawatan ekoran masalah kesihatan yang dihadapinya.

Allahyarham memulakan tugas di Sinar Harian pada 4 Januari 2021 sebelum mengambil keputusan untuk menamatkan perkhidmatannya pada 30 Disember 2022.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!