Haaland setaraf Messi, Ronaldo

Haaland (kiri) meraikan jaringannya ketika menentang Chelsea. Foto EPA
Haaland (kiri) meraikan jaringannya ketika menentang Chelsea. Foto EPA
A
A
A

ERLING Haaland telah mencapai tahap Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo, demikian kata pengendali Manchester City, Pep Guardiola.

Haaland menandakan penampilannya ke-100 untuk Manchester City dengan gol ke-91 untuk kelab itu dalam kemenangan 2-0 ke atas Chelsea pada Ahad.

Penyerang Norway itu telah terlibat secara langsung dalam 106 gol untuk City dan Guardiola percaya rekod pemain berusia 24 tahun itu boleh dibandingkan dengan Messi dan Ronaldo.

"Dia mempunyai jumlah jaringan dihasilkan Messi dan Ronaldo yang mengawal dekad lalu, 15 tahun, segala-galanya. Dari segi angka, dia berada pada tahap itu," katanya.

Di sebalik pujian pengurusnya, data itu tidak menunjukkan Haaland berada pada tahap Messi atau Ronaldo semasa musim terbaik mereka.

Haaland berjaya menjaringkan gol secara purata setiap 88 minit sejak menyertai City dua tahun lalu.

Bagaimanapun, semasa musim terbaik Messi (2012-13), dia berjaya menjaringkan gol setiap 67 minit dalam semua pertandingan untuk Barcelona.

Sementara itu, pada musim 2014-15 ketika di Real Madrid, Ronaldo menjaringkan gol setiap 76 minit.

Artikel Berkaitan:

Norway tidak layak ke Euro 2024, dan Guardiola berpendapat Haaland telah mendapat manfaat daripada rehat pada musim panas tersebut ketika City memulakan pemburuan rekod kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) kelima berturut-turut dengan bergaya.

"Saya melihat dia rasa lebih baik daripada musim lalu pada peringkat ini. Selepas musim lalu, dia berasa agak letih," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!