Nelayan tangkap binatang laut aneh
Video berkenaan dikongsi oleh seorang pengguna Tik Tok, Nataliia Vorobok yang memaparkan binatang laut aneh itu mempunyai kepala besar dengan mulut ternganga dengan sesungut seperti sotong kurita.
Namun, menerusi video berkenaan, haiwan tersebut hanya mempunyai tiga sesungut berbanding sotong kurita yang mempunyai lapan sesungut, lapor Daily Star.
Sementara itu, kedengaran suara nelayan itu yang menanyakan ibunya mengenai haiwan tersebut, namun tidak jelas di mana lokasi haiwan itu ditemui.
Video yang berdurasi 24 saat itu kini tular di media sosial dan meraih 1.3 juta tontonan. Bagaimanapun rata-rata netizen mengatakan bahawa binatang tersebut tidak pernah ditemui lagi setakat ini.
"Kalau dilihat dah macam separuh sotong dan separuh tupai. Benda apa itu dan amat menggelikan. Boleh bagi kepada pihak yang berwajib agar mereka boleh menjalankan siasatan binatang apa yang dijumpai oleh nelayan," tulis @AlanSim.
@RosAdam pula memberitahu, "Binatang apakah itu. Nak kata macam sotong kurita ada lah sikit-sikit tapi sememangnya bukan sotong kurita. Ada sesiapa yang tahu binatang apakah itu."
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!