MBSJ perkenal Talian WhatsApp Jabatan bermula Isnin
SUBANG JAYA - Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) memperkenalkan Talian WhatsApp Jabatan bagi penduduk bandar raya berkenaan membuat pertanyaan dan aduan secara terus.
MBSJ dalam satu hantaran di laman Facebooknya memaklumkan perkhidmatan yang bermula pada Isnin itu beroperasi pada hari dan waktu pejabat iaitu bermula jam 8 pagi hingga 5 petang.
"Bermula pada 19 Ogos, komuniti bandar raya dan orang ramai boleh menghubungi jabatan dalaman MBSJ secara terus melalui talian aplikasi WhatsApp pada nombor yang tertera di visual.
"Perkhidmatan ini beroperasi pada hari dan waktu pejabat iaitu bermula pada jam 8 pagi hingga 5 petang," menurut hantaran itu di laman media sosial berkenaan pada Isnin.
Menurut MBSJ, sebanyak 21 talian disediakan antaranya melibatkan Jabatan Kejuruteraan (019 6457833), Jabatan Landskap (0192637823), Jabatan Bangunan (0192197833) dan Jabatan Hasil (0193257823).
Dalam pada itu, MBSJ turut berkongsi info grafik dengan senarai penuh jabatan dan nombor talian WhatsApp jabatan dalaman di laman Facebook rasmi pihak berkuasa tempatan itu.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!