'Ayah suruh jaga adik-adik, jaga keluarga'

Roz Ariffin
Roz Ariffin
A
A
A

PUTRAJAYA - Bekas Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian, Rozaid Abdul Rahman meninggalkan pesan kepada anak sulungnya, Roz Ariffin agar menjaga adik-beradik dan keluarga sebelum menghembus nafasnya pada petang Ahad.

Roz Ariffin, 33, ketika ditemui di Tanah Perkuburan Presint 20 di sini berkata, keadaan kesihatan bapanya baik selepas dibenarkan pulang dari hospital dua minggu lalu.

Ujar beliau, Allahyarham sepatutnya memenuhi jadual pemeriksaan kesihatan di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang hari ini.

“Arwah suruh jaga adik-adik dengan baik. Jaga keluarga dan pastikan semua dijaga dengan baik.

Jenazah Allahyarham Rozaid dibawa ke Tanah Perkuburan Islam, Presint 20, Putrajaya.
Jenazah Allahyarham Rozaid dibawa ke Tanah Perkuburan Islam, Presint 20, Putrajaya.

"Setakat minggu lepas semuanya okay sebab baru keluar hospital makan ubat dan hari ini ada pemeriksaan kesihatan di hospital," jelas Roz Ariffin.

Allahyarham Rozaid, 59, yang juga Pengarah Media dan Komunikasi Strategik di Pejabat Perdana Menteri (PMO) meninggal dunia di rumahnya akibat serangan jantung.

Sebelum ini, beliau menerima rawatan lebih sebulan di hospital akibat masalah jantung.

Artikel Berkaitan:

Allahyarham meninggalkan seorang balu dan enam anak masing-masing berusia 17 hingga 33 tahun.

Dr Zaliha
Dr Zaliha

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa menyifatkan Allahyarham sebagai seorang yang sangat berdedikasi dalam menjalankan tugasnya.

"Alhamdulillah baru selesai pengebumian Rozaid yang sudah pasti merupakan suatu kehilangan besar kepada Kerajaan Madani di mana beliau begitu komited memastikan bahawa segala berita dan naratif dibawa dengan baik," katanya.

Beliau berkata, kerajaan akan memastikan kebajikan keluarga Allahyarham terjaga.

"Insya-ALLAH, dari sudut lain kita akan cuba sedaya upaya bantu keluarga dari segi keperluan mereka," jelas Dr Zaliha.

Terdahulu, jenazah Rozaid tiba di Tanah Perkuburan Presint 20 jam 10.30 pagi dan selesai dikebumikan kira-kira 20 minit kemudian.

Allahyarham memulakan tugas di Sinar Harian pada 4 Januari 2021 sebelum mengambil keputusan untuk menamatkan perkhidmatannya pada 30 Disember 2022.

Semasa dalam tempoh perkhidmatan, Allahyarham sempat melancarkan portal berita bahasa Inggeris Kumpulan Karangkraf iaitu Sinar Daily.

Beliau mempunyai berpengalaman luas dalam bidang kewartawanan selama 40 tahun selepas memulakan kerjaya sebagai pemberita kadet di Utusan Malaysia pada April 1984.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!